Bila anak tak dapat 5A !

by - Jumaat, November 15, 2013

 

Aku tak dapat 5A .. Keputusan aku dibanding dengan rakan rakan yang seumur dengan aku. Walaupun mereka lebih A dari aku , aku dah cuba yang terbaik . Aku bukan kaki ponteng sekolah. Aku bukan kaki tak buat kerja rumah. Aku gi tuisyen . Aku belajar dan aku juga bermain . Aku wakili sukan bolasepak utk sekolah hingga menjuarai peringkat Wilayah Persekutuan.  Bangga ? Tentulah. Ianya kenangan terindah aku ketika itu.

Tak dpt 5 A apakah bererti aku bodoh ? Apakah bererti dunia aku dah tamat ? Tidak pon .. Aku masih meneruskan persekolah. Cuma bukanlah di sekolah terbaik atau terpilih. Tak kisah pon mana mana , asalkan aku tau aku ke sekolah untuk mengutip ilmu dan ilmu itu aku gunakan untuk aku hidup ! Bukan semata mata utk lulus cemerlang dalam peperiksaan ..

Bukanlah keputusan aku tu teruk sangat.. Cantik je pon.Boleh je masuk ke sekolah sukan di Wilayah ni tapi disebabkan kabel aku tak kuat dan juga aku punya abang di peringkat sekolah menengah , maka aku kena masuk sana. Kecewa ? Hanya Allah saja mengetahui perasaan aku tu. Menangis ? Jangan cakap laa.. Aku menangis setiap malam kerana hampakan org tua aku .. Tapi aku berjanji berikan yang terbaik bila aku dewasa nanti ..

Aku sekolah di sekolah budak nakal ! Bayangkan setakat tengok budak bergaduh , dadah , rokok , buli .. semua ada depan mata aku . Tapi percaya tak ? Aku tak terpengaruh pon walaupun rakan rakan aku tu ada yang kaki rokok dan kaki ponteng ..

Kenapa ? Sebabnya setiap pagi aku pergi sekolah , bapak aku hantar. Rasa sayu setiap kali memandang wajahnya. Aku pernah menangis sejurus saja turun dari bas sekolah .. Bapa aku pemandu bas sekolah yang dimilikinya sendiri. Aku nak je naik balik dan berkata biarlah aku amik lesen dan gantikannya.

Hurmm.. Dan aku disini sekarang. Walaupun aku bukanlah angkasawan negara , menteri mahupun profesor , sekurangnya aku tahu dia berbangga dengan pencapaian aku sekarang dan aku sememangnya gunakan segala ilmu yang aku belajar di sekolah dulu , pada hari ini ..

Yang penting , jangan putus asa.. Rezeki Allah ni luas. Tujuan kita hidup atas dunia ni bukan untuk lulus ujian manusia sebaliknya lulus ujian Allah ..

You May Also Like

2 comments

  1. ASSALAMUALAIKUM A.BEN. SAYA SGT SETUJU DGN PENDIRIAN A.BEN.....BAK KATA BEBUDAK ZAMAN SEKARANG BEEEETUL PUNYA.....YG PNTG DENGAN TUHAN MSTI NAK AAAAAA.....

    BalasPadam
  2. betul sgt.. ape yg penting gembirakan hati mah ayah je... sama la cam sya, bukan dpt A pon,, janji dpt sara diorang bile da bekerja... kan

    BalasPadam