PETRONAS Deepavali Webisodes : Episode 1

by - Selasa, November 12, 2013

 

The Story of Deepavali …

Tu la tajuknya ! Hehehe .. Aku dipelawa oleh PETRONAS ikuti  ke Pulau Pinang baru baru ini untuk mengalami sendiri rakaman pembikinan webfilem bersama sama krew produksi yang dilantik.

Bermula dengan rakaman di Kuil  Nagarathar Sivan, George Town , Pulau Pinang ini sangat istimewa. Maklumlah , saksikan sendiri bagaimana upacara keagamaan  sempena Deepavali dilakukan oleh penganut Hindu.

Ok , lupa nak cerita lak .. Untuk webfilem ni , hosnya adalah Dj THR .. En.Aanantha ( Nan ) dan tetamu hos jemputannya , Aalinda.Memang secocok la diorang berdua ni.. Meriah jadinya.

WP_20131021_041

WP_20131021_011

WP_20131021_014WP_20131021_016

Pengambaran agak lari dari jadual asal disebabkan hujan lebat. Bunyi hujan dikatakan  menganggu sedikit rakaman hari tu .. Nak tak nak , mereka kena tunggu hujan reda ..

WP_20131021_028

WP_20131021_044

WP_20131021_052

Sementara tunggu hujan reda , selain aku , blogger kak Kujie dari blog www.kujie2.com turut mengambil kesempatan berehat sebentar sebelum kami meneruskan perjalanan ke kilang pembuatan manisan yang terletak di Lebuh Bishop.

WP_20131021_061

Bergambar kenangan .. Bersama Dj Aanantha dan blogger Johanna ..

Sebelum ke kilang manisan , NR SWEET FACTORY , singgah sebentar shooping buah pala di Lebuh Chowrasta.. Aku tak beli la sebab aku orang Penang.. Selalu je balik Penang.. Beli pon , pakat letak dalam peti ais jer. Takde orang nak makan .. heee ..

Kat sini pon terletaknya restoran chendol yang terkenal di Pulau Pinang ! Kalau lalu kat sini , jgn lupa singgah makan chendolnya.. Laksa pon ada wooo.. mmg menyelerakan ..

WP_20131021_062

WP_20131021_064

Selesai membeli belah buah pala dan makan tengahari , kami semua ke kilang manisan yang disebut tadi. Krew produksi dah bersedia dengan kamera masing masing .. Heheheh.. Pekerja kilang manisan pon dah kelihatan segak bergaya dengan senduk masing masing .. Hanya tunggu untuk beraksi jer ..

 

WP_20131021_099

WP_20131021_080

WP_20131021_082WP_20131021_093WP_20131021_096

Amacam ? Best je nampak kan ? Mesti tak sabar nak tunggu webfilem ni kan ? Haaa.. Gambar bawah ni antara babak yang dirakamkan.. hehehe …

WP_20131021_101Selesai sini .. Kita ke bahagian terakhir untuk episod pertama ni .. Ke Little India untuk ‘bershopping’ ! Kat sini aku merasai pengalaman bershopping membeli saree .. Heheheh ..

Disini ,satu lagi babak dirakamkan.. Nasib baik la orang tak ramai sangat . Jadi mudah sikit nak rakam. Sementara tunggu diorang abis rakam , ada antara kami gi shopping laddoo .. hehehe.. Aku tak la sbb aku lebih tertarik dengan saree dan kurta ..

Photo Photo

WP_20131021_117WP_20131021_109

Terus terang aku katakan .. aku mmg sukakain saree ni .. Memang nampak cantik sangat . Baju kurta , aku pernah tiru designnya untuk dijadikan baju melayu.. hehehe .. Nampak sesuai dengan aku.

Tepat jam 430 petang .. Ikut jadual , masa ni dah kena balik KL .. Waahhh .. tak bestnyaa … Belum puas abiskan masa di Little India ni .. Banyak lagi aku tak sempat pusing.. Tapi nak buat camana kan ? Huhu ..

3 babak ini akan disatukan dan dijadikan webfilem nanti ..Jangan lupa tontonnya di www.youtube.com/user/PETRONASOffficial  pada 22 November nanti ..

Tak sabar la pulak .. heeee ..

You May Also Like

5 comments

  1. oo... iklan tu dlm web jer... patut la tggu iklan kat tv xde...

    BalasPadam
  2. abg ben ade x masuk sekali dlm scene tu?hihi

    BalasPadam
  3. Ohhh inilah kisahnya Kak Jie pi Penang hari tu...dia ada tulis Bro pun ada sekali dalam rombongan.

    BalasPadam