Anak dara atau Janda pilihan saya ?

 

Wife aku cerita kat aku satu perbualan yang dia terdengar ketika sedang membeli barangan di sebuah kedai .. Melibatkan seorang pekerja kedai dengan penduduk taman perumahan di situ..


" Kak , kalau ada kenalan yang janda , rekemen la kat saya.. Hehehe.. "


" Eh , kamu ni .. anak dara kan ramai .. Kenapa nak janda lak ? "
" Ala kak.. anak dara sekarang , lom tentu dara.. Hantaran dah la mahal.. Tu pon belum tentu tau buat kerja .. Kita pulak nak kena ajar nanti. ".

Aku cuma mampu tersenyum..

Aku paham maksud pekedai tu. Dulu pon aku berfikiran gitu. Yelah , dengan gaji kerja gitu.. nak himpun pastu nikah.. Hantaran bukannya murah sekarang ni. Tu belum masuk part belanja kawin lagi..

Tapi bila bab buat kerja , tak tau apa apa pun ! Last last suami kena ajar balik ! Ada lelaki tak suka ! Ada lelaki tak kisah pon nak ajar. Lelaki yang  tak suka , baik kawin dengan janda jer. Tak yah nak ajar apa apa pun. Serba serbi dah tau apa nak dia buat.

Ok , fine.. tak perlu nak bertekak dengan aku.. Aku paham maksud korang dan aku paham maksud dia .. Pendapat aku mudah jer.. Anak dara ni , dari kecil lagi patut rajin rajin bantu ibu di dapur ! Belajar dengan ibu soal urus rumah tangga ! Bila ada ilmu ni , lelaki tak boleh nak ‘tembak’ dah  part ni ! Kan ? Tak perlu ego ..

Aku dulu camana ? Wife aku dulu cuma ala kadar je part pandai memasak ni tapi dia belajar sedikit demi sedikit dan aku pun tak kisah sangat part makan. Asal makan kenyang dah la..

Anak dara atau janda .. dua dua ada kelebihan. Zaman ni , janda makin bijak berhias .. Kalah anak dara ! Dah la part rumahtangga, mereka berpengalaman !  AAhaaa.. anak dara perlu lebih selangkah di hadapan untuk pastikan calon pilihan hatinya tidak berkata padanya nanti ..

“ Baik kawin je ngan janda macam ni .. “ .

Haaa…. inilah realiti sebenarnya.. Ramai je kawan aku , kawin dengan janda. Maksudnya , anak teruna akan memilih janda sebagai teman hidupnya..

Wahai anak dara , belajar tinggi saja tak cukup kalau part dapur tak reti apa apa ..

Mampu senyum je aku..

14 ulasan:

  1. Topik panas...
    Tapi apa pun Nad setuju, anak dara patut belajar buat kerja rumah dari kecil lagi...kalau dah besar tak reti buat memang berat tangan...

    At least bab memasak boleh belajar pelan-pelan..tapi bab kemas rumah memang kena didik dari kecik...kalau takkkkkk...hampesss laa...APTB

    BalasPadam
  2. habislah, anak dara kena bersaing dengan janda sekarang ni... janda2 pun ada class kann???

    BalasPadam
  3. Peringatan cantik dari N3 ini. Walau kakak baca sambil senyum realitinya banyak kebenarannya:)

    BalasPadam
  4. mak aii... speechless -,- harap anak dara baca statement ni hihi

    BalasPadam
  5. setuju..air tgn isteri dan ibu adalah yg terbaik utk suamu & anak2..:-)

    BalasPadam
  6. Betul tak kisah janda atau anak dara. Asalkan penuhi cita rasa. Tak gitu. :)

    www.alhamdulillahsihat.blogspot.com

    BalasPadam
  7. waaa....klu belajar tinggi, kerja dapur tip top, barulah serba boleh kan?

    BalasPadam
  8. ahahaha..suka entri ni..masing-masing ada kelebihan..tidak semua anak dara x pandai buat kejer rumah..jika mmg dari kecik d iumah ada org gaji sudah tentu x pandai bab kerja rumah semua tu so pegi cari anak dara kampung..sah2 dari kecik dh tolong mak urus rumah..jadi wahai lelaki di luar sana..mestilah bijak dalam memilih..risik betul..jgn menyesal di kemudian hari

    BalasPadam
  9. Anak dara ramai sekarang ni ..janda pon ramau..ikut pilihan si lelaki tu la mana di suka sbb dia yg nk kawen ..

    BalasPadam
  10. Kalau tak bagitahu status janda, kebanyakan orang tak tahu pun diorang ni janda. kalah anak dara

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  11. janda dah menjadi pilihan si teruna..huhuhu...kalau tak tau boleh belajar..dekat utube ka..dekat mana2

    BalasPadam
  12. Pendapat masing². Janda or anak dara, masing² ada kelebihan.

    BalasPadam
  13. kena belajar dari sekarang ni...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009