Bila aku naik hantu !

 

Dua dua tidur akhirnya !! Perghhh.. kalau aku tau , dari awal lagi aku buat camni ! Kan senang !! Tapi dok ikut kata orang sangat.. haaaa… sendiri dah susah !

 

Lepas mandikan Zahra , dia pasti nak susu.. Ok , takde masalah.. Lepas bagi susu .. dia nak tidur ! Camana nak tidur ? Aku kena buaikan dia.. Caranya , duduk atas bola gym .. Kesannya , aku sakit bahagian pinggang sbb hentakan bertali arus .. huhu.. Sakit tu mmg mendatangkan stress ..

Qhaliff buat bising.. biasa la kan , budak ! Aku nak salahkan dia tak leh.. dia dok aktif.. Tu lebih baik dari dia dok mengadap depan tv , diam seribu bahasa.. hurmm ..

Zahra tak nak lepaskan aku.. dok pk camana nak kasi dia tidur.. Aku dah mula sakit kepala.. Pening .. Sebenarnya ada cara tapi cara ni ramai tak galakkan !

Aku tak kira dah.. Aku naik bilik atas .. turunkan buaian.. Zahra tengok je aku.. Hahahaha… Aku dah jadi Hulk time ni .. Huhuhu.. Serius , stress gile ditambah dengan sakit kepala.. Qhaliff , dah tidur time ni ..

Aku pasang buaian.. pastikan keselamatan.. letak tilam kat bahagian bawah.. Dan masukkan Zahra.. Terus senyap koooo !! Aku buai dalam 15-20 minit.. terus lenaa !!

Ya Allahhhhh.. kalau aku tauuuuu , lama dah aku buat gini !! Kan senang ! Wife pon tak yah kalut balik rumah belah tengahari semata mata nak tidurkan diorang !

Alhamdulillah.. aku rasa pasni takde masalah dah .. InshaAllah ..

10 ulasan:

  1. Hehe.. nak gelak pun ada.. memang betul mudah nk tidurkan pakai buai.. tapi serius cakap saya sndiri tak amalkan anak2 dngan buai... nanti kalau nk kemana2 susah.. mcm abg ipar saya sndiri (duduk ganu) tiap kali balik raya, buai yang di isi dlm bonet keta semata2 kerana anak kesayangan nk tidur dgn mudah.. so ada baiknya jgn gantung kat buai 100% :D (sekadar pandangan)

    BalasPadam
  2. dah tau cara tidokan diorang... senanglaaa... bambeng sudah tidak stress lagik !

    BalasPadam
  3. Anak anak buah ena yang lain memang tidur guna buaian.. ena pun masa kecil kecil.. hehehe

    BalasPadam
  4. Anak saya pun tidur siang pakai buai.. malam atas katil.. dulu kononnya memang taknak bagi berbuai.. tapi kalau tidur atas katil setakat 5 minit je.. pastu nak berpeluk je.. memang tak larat la..

    Buai pun buai la asalkan dia tidur lena.. Hehe..

    BalasPadam
  5. mmg itulah caranya ben.. anak saya semua mcm tu.. siap beli buai letrik lagi.. mmg ramai org ckp tak elok ajar buai nanti susah nak pi mana2.. tapi tak pun sebenarnya.. anak kita hanya kita yg pandai nak tenangkan dia..

    BalasPadam
  6. memang la Ben, aku dok tengok wife mengasuh baby, mama budak tu siap pesan jangan bubuh anak dia dlm buai nanti bergoncang kepala x elok itu dan ini...kesian, tapi x leh tahan punya pasal...pujuk juga mama budak tu...senang kerja wife aku. Tetap tejaga dgn baik...budak pon lena cukup !

    BalasPadam
  7. Kan senang keja....lepas nie klu balik kg klu xde buai kena la pandai2 tidokan anak..hehehe

    BalasPadam
  8. kesian Ben..xper pengalaman tu..so blh belajar dari pengalaman kan..bertuah anak2 Ben bila bapa sendiri yang jaga dan asuh..Alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Salam ben. Beli kan buaian letrik. Pasang minimum je jgn laju2 nntbgeharan kat otak baby. Lepastu pasang tali kat buai tu baru pasang spring dia bg rendah sket. Tak la kita takut baby tu tinggi sangat. Bahagian besi bawah tu lapik tilam atau toto utk berjaga2 takut baby jatuh( ye lah kita x minta benda buruk jadi tapi..)

    Pin juga bagaian hujung kaki kain buai tu takut dia gerak2 tak perasan menggelongsor jatuh. Moga ia dpt membantu.

    BalasPadam
  10. baby memang suka d buai kan..masalah kalau baby tak boleh nak tidur.risau juga

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009