Bila wife balik rumah..

 

Aku dah terlalu penat ! Silap aku sendiri sebenarnya. Aku jaga terlalu awal.. Kul 4 pagi tak silap aku. Tapi bukanlah jaga pastu tengok tv ke apa.. Aku buat kerja ! Kena settlekan dua tiga advertorial aku. Hurmm..

Lepas tu tak tidur dah sampai ke petang. Mengantuk tapi kena tahan gak sebab Qhaliff atau Zahra tak tidur ! Mereka saling bergilir tidur.. Aku ??? Hahahah..

Kesannya .. mmg buruk ! Aku jadi stress ! Harap wife kena balik segera atau balik waktu lunch. Hurmmm.. Ditambah lagi dengan Zahra yang dah terlalu mengantuk , tak dapat tidur nyenyak gara gara abang dia buat bising .. mengamuk sepanjang petang .. Menangis sampai bengkak mata ! Puas pujuk , diam jap.. tertidur dan abang dia sambung bising ! Arghhhhh…

Bila wife sampai je rumah , terpaksa aku bagi dia dan aku , masuk bilik .. recharge ! Terpaksa !!!

Sedar dari tidur ..

Photo

Siap dah makan malam ! Hurmmm.. Respek betul orang perempuan.. Camana punya sibuk , makan malam tetap disediakan.. Kalau harap aku , jaga anak.. jaga anak je la.. Nak wat menda lain pon tak leh dah ..

Benarlah kata orang .. orang perempuan ni , kalau shopping , dia takkan beli beg tangan jer . pasti akan bawak balik kasut gak ! Maksudnya , diorang ni akan pastikan sempurna baru boleh tidur ! Hurmm..

Pesanan .. kalau nak cari isteri , jangan cari yang suka makan luar memanjang.. Boleh bankrukpt woiii !!

15 ulasan:

  1. ha ha ha, tak pun yang suka order tapau aben... *_^

    BalasPadam
  2. spagheti+ayam grill

    mcm sedap je...

    BalasPadam
  3. disitulah istimewanya seorang Wanita....

    BalasPadam
  4. alamak lupa nak cakap "Abang nazri suka dengan ayat yg last tu"

    BalasPadam
  5. hahha ok lg kalau minta tapau jer banggrup abg hihihii...rajin yer isterinya sebab dapat recas kot..:)

    BalasPadam
  6. begitulah isteri..
    memang tak kenal erti penat..

    BalasPadam
  7. Istimewanya wanita...dlm lembut ada kekuatan yg x mampu di ceritakan....tahniah isteri mr ben....

    BalasPadam
  8. peh macam makanan kedai tengok..

    BalasPadam
  9. Woww sedapnyaaa. Terliur tgk

    Betul tu, klu yg jenis minat mkn kat luar memanjang mmg kempis lah poket laki. Mkn kat luar klu berdua blh thn lagi, klu berenam atau bertujuh???

    BalasPadam
  10. hahhaaaa.. tu lah isteri beben.. kerja kat pejabat, balik umah tetap nampak gagah untuk wat kerja rumah..

    BalasPadam
  11. Sedapnya tengok. Terus lapar. Hebat wanita yang bergelar ibu ni :)

    BalasPadam
  12. itulah baru real bini. korang suami takkan tahu kuasa apakah yang isteri ada..yang korang takkan pernah ada.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/09/resepi-sambal-cencaru-sampai-mak-mentua.html

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009