Bulan ulang tahun BENASHAARI.COM !

by - Selasa, September 30, 2014

 

Aduh..camana aku leh terlupa ? Huhuh.. Dalam diam tak diam , dah masuk tahun ke enam.. Dari tahun 2009 hingga 2014.. Alhamdulilah.. Tak sangka boleh bertahan gini lama.. Segalanya kerana minat kan ? Kalau kita minat , inshaAllah.. Kalau tak minat , hanya kerana sebab lain .. rasanya payah nak kekal.. kan ?

Ok.. nak tau apa entri pertama aku di blog ni ? Hurmmm … Ditulis pada 17 September 2009 .. Bertajuk Keinsafan !

 

Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan .

Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut.

So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.

Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..

Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..

Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...

So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..

Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang ! Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki !

Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..

Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...

Memang kita sering terlupa .. angkuh… bangga dengan apa yang kita ada walhal , segalanya sementara !

You May Also Like

14 comments

  1. Selamat ulang tahun. Saya juga baru 4 tahun berblog

    BalasPadam
  2. selamat ulang tahun aben..baru tahun ni serius berblog..
    timbul pulak keinsafan baca cerita ni

    BalasPadam
  3. selamat ulangtahun....
    Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang dikurniakan...terima kasih mengingatkan...^_^

    BalasPadam
  4. insaf. Memang insaf. salam ulang tahun.

    BalasPadam
  5. Sama umur dgn blog saya..
    Tapi ..tapii..huhuhu..beza benor :p

    Selamat Ulang Tahun!!!

    BalasPadam
  6. eh, rasa cam baru je folo sini..

    BalasPadam
  7. Selamat ulangtahun benashaari.com =)
    Semoga terus bertahan dan kuat menghadapi pelbagai dugaan yang datang dan bakal mendatang.

    entry pertama tu betul betul buat kita bersyukur dgn kelebihan yang kita ada sekrang dan tidak mendabik dada dengan apa yang kita ada . Kita rasa kita susah, tapi sebenarnya masih ada ramai yang kurang bernasib baik .

    Insaf . bersyukur . Alhamdulillah .

    BalasPadam
  8. tahniah dan selamat ulang tahun ya :)

    BalasPadam
  9. Selamat ulang tahun dan semoga semakin maju jaya dalam dunia blogger

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  10. Congratz & Selamat Ulang Tahun benashaari.com
    Teruskan berkarya ..

    BalasPadam
  11. cantiknya header.. ye..mmg sy selalu berfikir begitu..kesian..kalau aku kaya..

    BalasPadam
  12. selamat ulangtahun blog Ben Ashaari !!

    BalasPadam