Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 September 2014

Mari selamatkan telefon pintar atau tab anda !

 

Masa jatuh ke tanah ari tu , aku harap sangat yang retak tu adalah Tempered Glass Screen Protector yang aku pasang ! Huhuhuh.. Kalau skrin yang pecah , maka aku dah kehilangan dua ‘Sony’ dalam masa satu hari ! Huhuhu..

Aku post gambar ni di Facebook .. Ramai kawan ingat skrin Sony Xperia Z2 aku ni pecah tapi tidak sebenarnya .. Dan pagi tadi , lepas check out dari Agrofarmstay Melaka tu , terus aku ke Low Yatt Plaza. Tujuan nak beli tempered glass yang baru ! Retakan tu boleh merbahaya pada jari kalau dibiarkan. Kena pantas sebelum ada yg cedera..

Di Low Yatt , aku kena cari betul betul .. sebab ada kedai memang akan tekan kaw kaw harganya ! Aku dah kena dahhhh .. Hari tu beli , RM100 .. dan tadi , aku dapat cuma RM39 !! Aku rasa boleh dapat lagi murah dari tuuu ! Hurmmm .. Tapi sebab dok mengejar Qhaliff yg asyik nak meronta nak turun , maka aku malas nak cari lagi.. Terus je beli..

Tapi sebenarnya kalau rajin survey online , boleh dapat lagi murah ! Pasang sendiri jer.. bukan susah pon.. Korang yang lom pakai lagi , aku nasihatkan gunakan tempered glass screen protector ni ..

13 komen :

Kathy R'bain berkata... [Reply to comment]

ye..ingatkan tadi betul² retak hp bro ben..

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

mmg nampak macam skrin phone tu yg pecah. sib baik 'nampak' je, realitinye x.

aniesa ahmad berkata... [Reply to comment]

Laa . ingatkan pecah skrin ..

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

selamatt..nasib tempered glas je rosak..kalau takkk..ermmm

Atiqah Subkhi berkata... [Reply to comment]

untuk Iphone ada jugak tak???

fatihah fazlin berkata... [Reply to comment]

nasib baik abg ben.. saya punya walaupun sikit je yang retak, tapi terus tak leh guna. hancur hati.

Ezad Skytech berkata... [Reply to comment]

nampak macam skrin yang retak...tapi mujurlah bukan skrin yang retak...kalau tak lagi tinggi kos nak baikpulih..hee

Mio Asmara berkata... [Reply to comment]

memang kena pakai tempered glass juga la saya ni, iphone5 retak menanti nak tercabut semua skrin, tp masih boleh guna lagi, dah nak masuk ulangtahun retak skrin dah bulan 1 nanti hahaha .. rm600 tuk skrin iphone saja.

zarulfarhana berkata... [Reply to comment]

Nmpk macam retak teruk ja

sugar2 kapas strawberry berkata... [Reply to comment]

sy guna htc butterfly.. susah nak cari. :(

azimah mohd zainuddin berkata... [Reply to comment]

baru tahu boleh guna tempered glass protector untuk protect skrin...

http://www.lovehutladyvitamin.com

ash shekin berkata... [Reply to comment]

kita punya masuk mesin basuh... air masuk skrin.. x keluar2. so. tamat lah riwayat. sob2.

Fiza Rahman berkata... [Reply to comment]

Selamat HP sony ☺

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI