Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 September 2014

Qhaliff demam …

 

Dah rasa pelik tengok dia semalam.Tak beberapa aktif seperti hari sebelumnya. Slow jer pergerakkannya. Mak dia gi kerja pon dia tengok jer.. Takde la terjerit nak ikut seperti biasa ..

Pegang dahi.. takde panas.. tapi perut dia mula dah rasa suam suam panas.. Hurmmm.. Masuk je petang , confirm demam .. Dia dah tak selesa .. Tidur pon tak nyenyak ..

Cek suhu badan dia .. 37.2

Lepas Maghrib gi klinik An Nur kat Presint Diplomatik. Nasib baik tak ramai pesakit.. Jadi , cepat skit proses.. Qhaliff bila keluar dari rumah , terus segar … huu.. Nampak sangat boring kat rumah.. cam bapak dia.. heee..

Sampai je rumah , aku bagi ubat dan mintak wife tidurkan dia dan Zahra. Aku kena keluar balik gi futsal . Bukan nak sangat berfutsal tapi dah janji nak jumpa orang kat sana. Ada sedikit perbincangan pasal kerja dan dah jugak ajak kawan kawan datang main.. Kang tak datang , diorang segan nak main. Maklumlah , masing masing tak kenal antara satu sama lain.. Main pon tak lama.. Kejap je.. Hee..

futsal

Kali ni , team futsal diserikan dengan 2 pemain wanita dan beberapa wanita yang datang tunjuk muka kejap pastu balik .. Apa tujuan datang pon aku tak tau .. hahahah .. Tak pe tak pe.. sokongan moral tu penting !

Kul 12 malam abis , aku terus memecut balik.. Dalam 12.30 sampai rumah , tengok Qhaliff dan Zahra dok menangis menangis ayam.. Hurm..

Qhaliff datang kat aku. Dia tunjuk laci baju.. Hurm… Aku paham dah apa dia nak.. Aku tukar baju , pakaikan dia baju dan .. bawak dia keluar jenjalan jam 1 pagi ! Kasi ubat sebelum tu ..Perghhhh .. dengan ngantuk  , penat .. aku ikut kehendak dia .. hahaha .. Aku suh wife tidurkan Zahra ..

Sampai rumah , hampir jam 2 pagi .. Barulah dia tenang.. Oloh , nak keluar rumah rupanya.. Terus tenang dia ..

Dia ngantuk.. tengok layan tab pon dah terbalik.. Tapi sebab sakit tekak dia tu kan .. tak selesa nak tidur ! Hurmmm ..Tak sampai 10 minit pastu , dia masuk tidur ngan ibu dia ..

Dan aku , selamat di ruang tamu.. Tak ingat dunia dah !

3 komen :

mama 3farhanah berkata... [Reply to comment]

Get well soon qhalif

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Qhaliff boring duk umah rupanya. Hari ni boleh la bawak jalan yer ^_^

Kathy R'bain berkata... [Reply to comment]

Cian qhaliff.. Get well soon dear..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI