Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 September 2014

Setiap hari aku sebagai suri rumah …

 

Awal pagi .. yakni subuh .. Pastikan bangun dalam keadaan yang cukup segar ! Kalau tidak , akan menganggu emosi seharian ! Dan mangsanya adalah anak anak ..

Mandi .. siap siap ! Wife keluar je dari rumah , confirm Zahra akan bukak mata .. Confirm ! Bila dia dah jaga , aku dah mula dup dap dup dap ! Budak ni , bangun tidur mmg comel.. tapi nak tidur balik lagi comel ! Bangun , diiringi dengan senyuman. Nak tidur, diiringi dengan tangisan ! Kenapa gitu ? Sebab dia nak menyusu badan ! No botol botol ! Daddy nak bagi , tak leh.. lama dah ‘susu menjadi keju ! ‘.

Part mandikan dia tu , senang jer .. Suka dia kena mandi .. Aku dapat rasakan dia ni nanti berjam dalam bilik air bila dah dewasa ! Sila tinggalkan handphone di luar ! No handphone handphone dalam bilik air !

Bila dia dah settle , abang dia lak.. Abang dia ni kalau jaga , sejam jugak nak kasi fresh ! Mengeliat sana sini dulu. Tengok sana sini . Pandang sana sini. Apa dia mimpi pon tak tau laaa … Dah la kuat ngingau .. ikut mak dia la tu ( Mesti wife kata.. Semua diaaa.. walhal aku ! Hahahaha )

Photo 

Zahra akan tidur selepas mandi hingga tengahari. Dia bangun , aku letak atas  tilam. Masa ni dia akan sengih sengih selama sejam. Pastu nak tidur balik ! Camana la pipi tak tembam ! Nak tidur tu , aku kena berusaha kasi dia susu.. Masa ni laaaaaa aku mula diduga ! Adeh.. Tak semua orang boleh yer ! Mak aku pun cuak bila dia nangis.. Aku sendiri pun , kalau boleh nak pakai ear plug .. bingit siut ! Berdesing kepala kejap.

Dan Qhaliff , masa ni jugak dia buat bising .. Adoiyaiiii… Puas la aku suh dia diam , dia suh aku diam .

“ Qhaliff… syyyyy… adik nak tidur ! “. Sambil aku letakkan jari  di hujung bibir.

“ Syyy…. “. Dia buat balik kat aku.. Kecik besar kecik besar jeee tengok dia ni !

Kalau aku dapat tidurkan dua dua , dalam kul 2 petang tu , satu kenikmatan tak terhingga ! Aku baru boleh tarik nafas lega .. Baru boleh nak solat .. kemas kemas sikit rumah setelah ditunggang terbalikkan dek Qhaliff ! Aku nampak Zahra pon akan join sama sebab setiap kali abang dia wat sepahan , dia akan sengih ! Daddy pon sengih gak.. sengih nak jadi Tarzan ..

Aku harap dua dua dapat bangun jam 5 petang. Zahra bangun jer , akan nak susu ! Lapar dah tuu.. Tunggu mak dia balik.. Dapat je susu badan , kaki dia akan terangkat naik punyalaahhh ! Tu diaaa.. punya nikmat susu badan ni pada baby.. huhu ..

Qhaliff ? Hurm.. join sama Zahra dan aku ?? Ni la masa aku untuk berehat seketika.. hehehehe ..

Ni la rutin aku dari hari Isnin hingga Jumaat. Syukur giler kalau ada cuti umum .. Huhuhh..

Bayangkan isteri anda di rumah .. yang jadi suri rumah sepenuh masa atau yang bekerja , balik rumah tapi tak rehat .. terus buat kerja rumah .. Suami ? Kalau membantu , Alhamdulillah .. Kalau sampai je rumah , gi sambung kat kedai makan .. kononnya nak release tension.. acaner ? Orang lain punya tension nak release gak.. Haa..

Bila dah berumahtangga ni , buat perangai berumahtangga .. sesekali tu , ok la.. kalau hari hari , rumah boleh hilang tangga tauu ! Haa..

11 komen :

mama 3farhanah berkata... [Reply to comment]

Baby saya pn masih menyusukan badan. Kalau tinggalkan kt abahnya, selang 15 minit abhnya akan tepon tanya " lambat gi ke nk balik"...hihihi

yong norliza berkata... [Reply to comment]

Alhmdulillah..xsmua suami nk buat kj2 cmni.even yg bkerja,pyh sggh nk mnta tlg.mcm abg ben kata,dh kawin kn buat prngai org dh kawen..heheh

mama amir berkata... [Reply to comment]

Sabar ya Abg Ben...insya Allah, mudah-mudahan anak-anak ingat usaha ayahnya ni jaga dan didik mereka dari kecil...^_^

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Memang menguji kesabaran bila ayah jaga anak kan qbg Ben. Insyallah bila anak dah besar sikit nanti dah mula senang nak uruskan. Nanti anak-anak akan sayang dengan abg Ben. ;-)

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

hehehe..
baca entry ni pun dah rasa meriah.
apatah lagi suasana dalam umah tue.

aisyah ahmad berkata... [Reply to comment]

Tergelak sorang-sorang tengok gamba qhaliff tu, hehe comell^^

Rosmiza Ali berkata... [Reply to comment]

Kalaulah semua lelaki boleh faham tanggungjawab yang dipikul oleh seorang isteri macam bro Ben cakap ni, alangkah indahnya kehidupan berumahtangga.. Sayangnya, lelaki yang tak pernah duk umah uruskan rumahtangga, selalu anggap keje2 rumah ni semua remeh.. Diorang tak perlu bantu apa2.. Hanya tau penat dia je.. Byk sgt keje kononnya.. Hmm... Stress.. -_-#
Rosmiza Ali Official Blog™

Yana Mohamad berkata... [Reply to comment]

comel je zahra ngan qhaliff.nanti diorang dh besar mesti abg ben rindu saat diorang kecik gini. hee

eima berkata... [Reply to comment]

bgs2 abg ben .. ko mmg bapak terbaik la ... mmg betui tak menang tgn kat rumah ni klu buat kerja .. klu kat opis rileks je kat rumah mak aih ... lagi penat

O'gosh Iskandar berkata... [Reply to comment]

kagum gak ngan abang ben..bukan semua lelaki nak buat macam ni...

Irni Yusof berkata... [Reply to comment]

itulah satu pekerjaan yg kepuasannya tidak terhingga...bukan dinilai dgn bayaran tapi dinilai dengan kecintaan...again syabas Mr Mama...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI