Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Disember 2014

Aku perlukan kerusi urut !

 

Tidur dalam jam 2-3 pagi. Bangun tidur , jam 6-6.30 pagi. Pastu sambung kerja ! Rutin setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat. Kalau Sabtu Ahad tu , baru leh dapat sambung rehat , selepas solat Subuh.

Kalau korang yang bekerja di pejabat , ada kerusi meja yang sesuai untuk buat kerja ! Tapi aku , sofa yang dah berusia hampir 7 tahun inilah tempat aku duduk dan buat kerja sambil mengadap anak !

Kesannya ? Sakit belakang woooo ! Tiap kali aku duduk di sofa ni , confirm aku akan sakit belakang termasuklah bila tidur di atas tilam yang dibeli dengan harga murah ! Syok ada orang urut bila dah birat birat badan tu.. Cuma mampu suruh Qhaliff naik belakang aku dan pijak pijak jer ..

Beli sofa dan tilam baru  ? Hurmmm.. Bukanlah tak nak tapi banyak menda lain nak kena dahulukan. Contohnya, simpanan anak anak .. bayar hutang itu ini. Kos kehidupan semakin meningkat di kala ekonomi semakin menurun , kata pakar ekonomi tapi dinafikan oleh pihak tertentu. Wallahu’alam. Nak tak nak , kita kena terus bersaing untuk teruskan kehidupan ini.

Teringin kerusi urut setiap kali di Alamanda ! Lalu di satu kedai tu , mata menjeling ke dalam …

“ Nak beli ke tak eh ? Hurmm.. Berbaloi ke tak ? Kang tak sesuai lak ! Hurmm .. “.

Wife nak belikan untuk aku memandangkan di kerusi itulah aku sering abiskan masa dan dia sendiri nampak ‘penderitaan’ aku tu.. hehehe.. Sakit woo !! Tapi aku menolaknya dengan baik.. Belum masanya..

Korang yg bekerja di pejabat tu , bawak bawak bersyukur. Orang lain yang bekerja mencari rezeki , berpanas berhujan untuk mendapatkan sesuap nasi utk diri sendiri dan juga keluarga ..

10 komen :

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

erm..alhamdulillah.. Kalau penat..g urut abg ben,, hehe.kat sini shoping mall ade kerusi urut. letak rm1 nti dptlaurut 1minute. hehe

Kak T berkata... [Reply to comment]

kesihatan kena jaga...jangan pikir banyak..beli jer...take note!!

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

sila la beli..heheh..takasima ada wt sale.//biasa la end of year kan

Ayumieka berkata... [Reply to comment]

Sila beli... jgn fikir lama2.. kesihatan kena jaga. sekarang ni byk buat YES.. so grab la peluang ituuu...

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

makan suplemen pun elok juga untuk bagi tenaga pada sel badan disamping memulihkan otot.

izzeyda berkata... [Reply to comment]

bergantung pada bajet.. nak urut kat mall pun dah banyak tempat ada.. cuma sediakan rm1 atau rm5 jer.. kerusi urut akan sedia mengurut badan ben..

Fyna Ahmad berkata... [Reply to comment]

fyna pun plan nak beli kerusi urut utk mak ngn ayah.

SalinaJohari berkata... [Reply to comment]

best tul kosi ni...wishlist gak tapi...masih banyak yang perlu difikirkan dari beli kosi ni...ermmm..

ummu hasni berkata... [Reply to comment]

Takde kusi urut pun takpe kut abg Ben, just cari kerusi yang lebih selesa untuk bekerja. Dapat berkerja dari rumah je. Respect Abg Ben!

Blog Mama Hebat

MamaAliya berkata... [Reply to comment]

abg ben boleh guna kerusi urut yg kat supermarket tu yang masukkan duit seringgit or 5 ringgit.jimat....

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI