Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 9 Disember 2014

Bila dah digelar ‘ Loser ‘

 

“ Hai.. tak kerja ke ari ni ? “ .

Aku disapa seorang kenalan ayah. Aku jawab dengan senyuman..

“ Tak.. Lama dah berenti.. “.

Tergamam jap dia.. Mesti terfikir camana aku besarkan anak 2 orang andai aku dah berenti kerja. Takkan makan duit isteri kan ? Sejarah lepas membuktikan aku telah menganggur bertahun lamanya gara gara ekonomi meleset dan dijangka akan kembali lagi pada tahun depan ! Dan aku tiada pekerjaan ???

“ Abis tu , kamu buat apa skang ni   ? “.

“ Kerja melalui internet jer .. “. Jawab aku ringkas. Senyum lagi..

“ Macamana tu ? Boleh dapat duit ke ? “ .

Hurm… camana aku nak terangkan eh..

“ Tulis blog.. “ Jawab aku.

“ Oooo… Kamu la yang yang tulis. Ingatkan adik kamu.. “.

Adeh.. dah bila pulak adik aku minat menda menda gini ! Sememangnya dari dulu dalam keluarga aku , aku je yang dok giler layan internet dan abiskan masa berjam jam jam lamanya depan komputer hingga bil internet mencecah beribu ribu ringgit !! Huhuh..

Aku senyum je la.. Pastu , aku pon bukak story satu persatu . Tergamam !

Sesungguhnya , inilah kerja paling puas aku pernah buat .. Sendiri bos , sendiri kuli.. sendiri tulis , sendiri edit ! Sendiri tanggung dosa pahala !

Nasihat aku buat kawan kawan yang akan atau sedang belajar di IPT .. Jangan tunggu abis belajar baru nak cari kerja ! Mulakan dari sekarang ! Jangan kata assignment saja dah berlambak .. camana nak uruskan ? Kalau assignment berlambak , kamu banyak masa melepak ? Keluar dating sana sini ? Keluar tengok wayang ? Layan Facebook ? Bukankah semua itu masa ? Sebaiknya belajar uruskan masa dari sekarang ! Nanti bila dah abis belajar , kamu kena uruskan masa antara diri sendiri dan juga untuk orang lain terutama keluarga tercinta !

Biar susah sekarang .. Jangan susah di kemudian hari ! Jangan biarkan orang anggap kamu LOSER . Mungkin kamu tak kisah tapi kamu ada mak ayah .Kasihanilah mereka ..

Sekurang-kurangnya , buatlah mereka tersenyum dan damaikanlah hati mereka ..

6 komen :

Jane berkata... [Reply to comment]

kerja sendiri puas hati...kerja dengan orang...selalu sakit hati

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

sokong dengan nasihat aben ni... bila orang panggil loser tu akan rasa tercabar ooo... jangan biarkan diri anda dipanggil loser...

izzeyda berkata... [Reply to comment]

ya betul kata ben tuh.. student sekarang kena bersiap sedia dari sekarang.. jangan tunggu dah tamat belajar baru nak mulakan sesuatu.. hidup harus pantas mengejar apa yang diimpikan..

cazamiya berkata... [Reply to comment]

Ohhhhhh,,ku sangat terkesan dengan ayat, kalau assignment berlambak , kamu banyak masa melepak ? Keluar dating sana sini ? Keluar tengok wayang ? Layan Facebook ?


hihihi nasib baik ku dah start bisness online kecik kecik nii.hihi singgah sini yer :)

SalinaJohari berkata... [Reply to comment]

kasihan...kasihan...kasihan...pada yang LOSER...dan tahniah...tahniah..tahniah...pada yang berjaya...heehhee (mood otak tengah sengal)

aKSARAfENDI berkata... [Reply to comment]

good advice..knapalah msa zmn stdy dlu tak prnah trpikir nak mmulakan buat ssuatu yg boleh dpt income..haha. bile dah start keje ni, baru rse takbest nya bekerja dgn boss yang brlapis2..tmbah2 kje dgn gov..hahaha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI