Hati-hati bila beli untuk anak anak !

 

Aku gi semalam ke Aeon Alamanda. Tempat kegemaran aku untuk membeli belah barang dapur ! Awalnya gi ke IOI Mall Putrajaya tapi orang ramai giler ! Terus ajak wife keluar.

Hurm.. Dah pilih macam macam barang .. Masa nak membayar . Di kaunter , Qhaliff tertarik dengan satu mainan yang berisi gula gula di dalamnya .. Bersungguh dia nak. Wife amik dan bagi kat dia.. Pastu bayar la..

Lepas bayar , dia nak dan mintak aku bukakkan .. Aku pon bukak je la.. Pastu bagi balik kat dia .. Dia pon amik .. Aku sempat nampak dia masukkan satu je ke dalam mulut dia pastu tutup .. Tak makan dah pastu !

Lepas settle semua , wife ajak balik. Dah sampai kat tempat parking , wife tunjuk kat aku gula gula tu ! Allahu Akhbar ! Kesiannya anak aku.. Makan menda dah rosak ! Haihhhhh … Nasib baik sebijik je dia telan ! Grr.. Wife ajak gi balik ke Aeon untuk buat aduan. Aku malas sebab dah jauh. Qhaliff pon dah buat perangai nak balik !

Aku buang gula gula tu .. Dan bagi mainan tu kat dia .. Dia tak nak pun ! Hurmmm…

Nasihat untuk aku.. Lain kali bila beli makanan untuk anak anak , sila tengok dan rasa dulu .. baru bagi kat diorang ! Hurmm..

Malam tadi , 2 kali dia muntah teruk.. Aku tak pasti punca.. Harap harap bukan sebab gula gula tu ! Jarang dia nak muntah !

11 ulasan:

  1. betul tu ben, elok laa kita test dulu makanan/minuman sblm bg kat anak. especially benda benda yg dalam paket, sbb kita tak nampak benda tu elok ke tidak. Sian qhaliff.

    BalasPadam
  2. nasib baik mkn satu. harap qhaliff okay je..

    BalasPadam
  3. lahaiii...kesian kat qhaliff..hmm...be more careful next time abg ben :)

    semoga qhaliff sihat je :)

    BalasPadam
  4. alahaiiii siannya qhaliff...

    BalasPadam
  5. kesiannya kat Qhaliff.. semoga dia cepat sembuh.. selepas nih kena lebih berhati2..

    BalasPadam
  6. gula2 dalam mainan tu mmg tak elok ben. kami bila beli, terus buang gula2. bg mainan je,. mmg antidot kat gula2 ni.

    BalasPadam
  7. yelah cuuba elak.. Mainan macam ni, gula-gula dalam tu memang takde kualiti pun :( sian qhaliff

    BalasPadam
  8. sy mmg kurang berkenan dgn gula2 mcm tu.. sbb ank2 sy pun jenis giler mainan kereta, termasuk yg mcm ben tunjuk tu

    adakalanya sy buang je terus gula2 tu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI