Padan muka Qhaliff !

 

Hahahahaha .. Gelak besar aku ! Aku ingatkan dia berani sangat !! Rupanyaa ?? Hahahahaha …

Er , apa cerita ? Gini… Cer rujuk gambar kat bawah ni.. Nampak perempuan tu ? Ok.. depan perempuan tu ada motor mainan.. Ala , yang masuk token pastu dia bergerak tuuu .. Haaaa .. Tau kan ?

Ok.. Sebelum perempuan tu kat situ.. Qhaliff bersunguh naik motor tu.. pastu mintak duit kat aku.. Aku tak confident sebenarnya dengan Qhaliff ni sebab dia mmg penakut skit part ni .. Tapi tak pe.. aku kasi dia peluang..

Aku tukar duit.. 1 token , RM1 . Belum dikenakan GST lagi.. Pastu aku kasi dia token tu.. Dia pun senyum.. Terima kasih dia ucapkan.. Pastu dia masuk token tu.. Dan .. Tau apa jadi ? Tentu la motor tu bergerak kan ? Hahahaha .. Terus dia melompat keluar dari situ !! Hahahaha.. Aku ready dah pon… Dah tau apa dia akan buat.

Lepas dia keluar dari motor tu , dia pandang motor tu mcm tak percaya jer .. Hahahaha. Aku cuba letak balik.. Dia tak nak ! Hahahaha .. Jimat duit aku.. Rugi seringgit jer !

10 ulasan:

  1. Nasib baik dia nak turun..ada kes yang tak nak turun...dah kena bapa isi duit sampai RM 10.00

    BalasPadam
  2. jinak-jinak merpati juga kau ni qhaliff...hehe

    BalasPadam
  3. Waaahahahahah... padan muka diaaa... kikiki... lepas ni kmpem xnk mtk lg

    BalasPadam
  4. Alaaaa penakut rupenyee . Ish ish .. Qhaliff niiii .

    BalasPadam
  5. Adoilaaa!! Qhaliff Qhaliff. tapi oklah kan, pas ni tak perlu dah bazir duit kan mainan tu.

    BalasPadam
  6. Ok la dia nk turun, pernah tengok sorg budak menjerit2 nak naik lagi taknak turun..

    BalasPadam
  7. kahkahkah. nasib die taknak abg ben, kalau anak buah saya tu, dah 88 kali dah naik benda alah tu. pening ar! haha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009