Beraya di rumah Mat Gebu..

 

Dah jadi amalan , setiap tahun pasti akan ke rumah Mat Gebu untuk beraya. Bermula dari berdua jer.. ke bertiga dan sekarang , berempat !

Walaupun kekadang aku dan Mat Gebu berselisih pendapat , bagi aku itu cumalah isu kecik jer.. Isu dunia maya yang tak perlu sampai berputus sahabat ! Aku ‘disini’ dan berada di tempat ini pon , hasil bantuan dan sokongan dari dia dan rakan rakan blogger masakan. JANGAN LUPA ASAL USUL.

Memandangkan rumah aku sekarang ni dah dekat dengan Nilai , nak ke selatan memang dah dekat sangat.. Maka , perjalanan ke Sedenak cumalah mengambil masa selama 2 jam setengah ! Dekat jer ! Tapi yang membuatkan rasa lama ialah lebuhraya yang nun lurusss ! Rasa sayup je perjalanan… Hurmm ..

image

Bertolak jam 10.30 pagi.. sampai jam 1 petang.. Alhamdulillah.. Kereta tak banyak.. perjalanan lancar.. Allah permudahkan urusan..

image

Makanan dah siap untuk dihidangkan.. Huhuh.. Takde nak tunggu tunggu dah.Kelaparan ! Tak sempat nak sarapan pon. Maka pastinya , makan tengahari di rumah Mat Gebu akan menjadi sangat menyelerakan .

Makanan dihidangkan. Terus lupa keenakkan makanan di Korea ! Hahahah..

imageimageimageimage

3 kali aku tambah ! Opss.. Cik Mat paksa aku makan !! Hahahaha… Alhamdulillah.. semuanya sedap sedap belaka ! Terima kasih Mat !

Pastu dia hidangkan kek lak.. Aku mampu tengok jer. Wife yang makan.. huhuh..

image

Dalam kul 4 petang.. dengan perut kekenyangan.. maka terpaksa la bertolak balik ke Sepang.. Huhuhuh.. InshaAllah , nanti kami datang lagi..

image

Masakan Mat Gebu tak pernah menghampakan !

11 ulasan:

  1. allah.... sedapnyer tgk masakan che mat.... zahra sukanya dia... tunjuk nak dtg umh che mat lagi ke tu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..abang ben lalu jalan johor lama ye..mana qhaliff huhu..kalau kita bersahabat kerana Allah tergigit dikit sikit tu..tolak tepi..ingat yang indah indah..yang terkecil hati tolak tepi..rebung ke tu dengan udang..

    BalasPadam
  3. sdap mknan yg dhidangkan..:)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, bila terbaca entri ni jadi teringin nak tahu siapakah gerangan Mat Gebu ni.

    BalasPadam
  5. klu ada rezeki, insyaAllah akn singgah umh PCM lagi

    BalasPadam
  6. Wah, meriah dengan hidangan ^-^

    BalasPadam
  7. Terima kasih ben, zila, qhaliff dan si comel zahra...apa yang kurang saya minta maaf yea...

    BalasPadam
  8. kenapa tak makan kek tu???
    rugi!
    rugi!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009