Qhaliff kritik aku , sekali lagi !

by - Isnin, Disember 18, 2017

Baru 5 tahun. Lagi beberapa hari , nak masuk 6 tahun. Tapi dia punya otak , ligat ! Cepat tangkap. Risau gak aku kalau dia menurun ilmu dari aku.. melalui pemerhatian dia.  Boleh gile jap la aku dibuatnya. 

Contohnya ? Ada baru baru ni , dia tidur tak pakai baju. Aku tanya kenapa tak pakai baju ? Dia jawab daddy tak pakai baju tu ! Aduhh.. tak pasal pasal aku kena pakai baju.  Bukan apa.. aku tak pakai baju kat rumah , nak tayang badan kat wife. Apa guna sado tapi tayang badan kat orang luar kan ? Haaa.. Mana la tau kot kot Zahra leh dapat adik.. hahahaha.

Dan baru baru ni.. Qhaliff tengok jam baru aku tu. Pastu dia ke kotak tempat simpanan jam aku , dia bukak. Dia bersuara.. 

" Daddy , kenapa tak pakai jam ni ? Membazir jer tau. Sian dia. ". Aku pandang dia. Kecik besar kecik besar jeer..

" Daddy simpan. Kesian dia tak berehat. Hari hari kena kerja. ". Jawab aku. 

" Apa la daddy ni.. ". Dia berjalan ke ruang tamu sambil bawak jam tu.. 

" Ehemmm.. meh sini jam tu yer... Lom jadi hak awak lagi. Belajar rajin rajin dulu.. ". Aku hulurkan tangan. Dia serah jam Pro Trek yang aku beli pada tahun 2015. Masa beli tu , jam tu bernilai RM1,700 jer. Sekarang dah bernilai lebih dari RM2100. Hari tu tengok kat KLCC , RM2300 !!! Fuh , apakah kerana GST ???? 

 Pro Trek , abang pada G SHOCK. Puashati pakai  ! Berbaloi.

You May Also Like

9 comments

  1. manalah qhliff belaja gitu,kan...mesti dia tgok someone yg mcmtu..hehe
    anyw,Smart r jam a.ben <3<3<3

    BalasPadam
  2. terhibur baca kisah qhalif ni.Btw..,memang Cantik jam tuu.. ilang ni, tak berlagu nangis

    BalasPadam
  3. hahahah bijak kan anak2 ni ben...mmg mereka copy paste habis...bijak!

    BalasPadam
  4. Mencontohi...fasa tumbesaran Qhaliff meniti alam kanak-kanaknya.

    BalasPadam