Jumaat, 5 Januari 2018

Pelbagai makanan tidak sihat di negara kita. Dah tu nak makan apa ???

Termenung ! Dua tahun lepas , aku tahu nak makan apa setiap hari. Tapi selepasa GST diperkenalkan, pelbagai sayuran yang menjadi keutamaan aku , dah mahal ! Sayuran organik sekarang mahal woi ! Nak tanam sendiri , mana ada tanah. Nak tanam dalam pasu ? Hurm.. hendak seribu daya eh ? Hurmm

Kembali ke gym

Terbaca la satu kisah mengenai makanan segera yang cukup tidak bagus untuk kesihatan. Yer, aku setuju. Di negara kita ni, bak kata seseorang yang aku kenali.. katanya la... negara kita ni tempat pembuangan makanan yang tidak berkhasiat ! Benarkah ?

Pelbagai gred makanan ada, kalau kita rajin nak kaji. Beras, makanan laut , minyak masak, sayuran. Yang ada duit , maka dapatlah makanan yang berkualiti. Camana yang takda duit lak , cam aku ni ? Bayangkan la... selepas belajar berdetox di Phuket , 2 tahun lepas.. aku dah tau nak makan apa setiap hari. 

Tapi sekarang... nak beli barang dapur pon dah berpeluh dahi ! Betul , mana lagi penting ! Kesihatan pastinya. Tapi kena ikut kemampuan la kan ? Kalau tak mampu beli makanan organik, amik la yang ulam ulaman ! Ulam sekarang pon bukan murah wooo ! Sebab tu ada yang 'tewas'. Dah tak larat dah nak berkira dengan badan sendiri. Mengalah sebab tak mampu. Maka belilah makanan yang boleh mengenyangkan. 


Maka pilihan mudah.. makanan segera ! Hurmm... bagi aku, utk rasa sesekali ok la. Kena lak ngan Sambal Hitam Pahang ! Fuh... Pastu pandai pandai la kawal. Jangan hari hari balun. Tu yang jadi tak sihat. 

Cam aku ni.. dah mula kembali masuk gym. Memang aku jaga makan gak. Tapi belum mampu 100%.  Masih ada yang gagal terutama bila terbau makanan sedap ! Hehehehe.. Bagi yang mampu dan berminat betul betul nak jaga badan... dan kesihatan , boleh la tiru cara Coach Ina Fitlite ni.. kalau mampu la. Kos cam banyak gak terlibat ni. Tapi mana lagi penting.. kesihatan atau duit ? Heee... 





Segalanya terpulang pada kita sendiri.. Mana yang lebih diutamakan ? Perut , selera , duit , kesihatan atau ikut kemampuan ? 

13 ulasan:

  1. kesihatan plg penting...ank2 sakit mulala risau

    BalasPadam
  2. Azam tahun 2018.. Nak fit tak nak fat dah.. Ehh ke tu azam 2017 ek 😉

    BalasPadam
  3. Apa pun besederhana..mungkin digembar gembur tidak baik,sedang mungkin hanya itu yang mampu dan ada.Mungkin ini yang terbaik sedangkan rasa berat untuk memenuhi..setiap kemampuan orang berbeza..yang penting hati-hati,berpada-pada,,makan untuk hidup bukan sebaliknya,selebihnya doa agar dilindungi sentiasa.

    BalasPadam
  4. Nina masih pantang bab makan ni... 'pantang nampak '
    Oopssss...!! Hehee

    BalasPadam
  5. sedap betul menu sihat ni.. Nak jugak sihat..nak fit yang penting.Moga aben istiqomah.No island lagi

    BalasPadam
  6. Betul,makanan makin mahal,yg ada duit ok la,yg tak brapa nak ada? Sayur kg pun dah mahal haihhh....

    BalasPadam
  7. Memang betul makanan sihat makin mahal tapi demi nak jaga diet terpaksalah berkorban duit, huhuhuu!

    BalasPadam
  8. Makan ikut bajet. Tapi jangan terlebih berjimat sehingga mengambil makanan yang tidak mempunyai khasiat.

    BalasPadam
  9. Pilihan di tangan masing-masing. Nak makan sedap-sedap tapi tidak berkhasiat, diri sendiri yang ditimpa penyakit. Apa-apa pun perlu lah amalkan pemakanan seimbang untuk menjaga kesihatan

    BalasPadam
  10. Kena disiplin lah tahun ni, badan makin melebar ni... Huhuhuhu

    BalasPadam
  11. tepuk dada tanya kocek la saya klu nak mkn sesedap... hehehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.