Keputusan STPM diumumkan Rabu depan
Arghh .. abis laa.. abis laaa .. abis laaa .. Kalau aku gagal STPM kali ni , mesti mak aku terima jer sapa sapa masuk meminang ..
Eceh .. Janggut pon dah beruban , ada hattiiiiii lagii .. Caitt .. Dah dah .. Jom kita takutkan budak budak yang nak amik results ni.. Hahaha .. Ramai blogger yg amik results ni .. Antaranya ?? Haa.. Tu aku tak berani nak dedahkan la.. diorang pemalu .. heheh ..
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. – BERNAMA
10 comments
Gud Luck untuk akak aku...SPM bila pulak?
BalasPadamP/S : Mood mengerikan~
SPM lame lagi eak ..
BalasPadamhuh nervous haih .~
Fuh!Ingatkan SPM tadi!
BalasPadamermm.. heeee~ :P takut jugakk.. xlama lagi spm pulak.. apa2 dh buat y terbaik.. tawakal je la.. InsyaAllah..
BalasPadamhaishh... apelah nasib saya kali ni abg ben.. doa2kan yer... ^^
BalasPadambersama sama kite mendoakkn kecemerlngn kptsn stpm CALON 2011......................harap MEREKA sume dpt melangkahkan kaki MEREKA ke universiti,,,,,,,,,,,,,,,,setelh mengharungi pahit getir hidup dan pengorbanan terpaksa dihadapi demi KEJAYAan setiap manusia ingin berjaya tp xsume memiliki . penantian saya hampir sampai ke penghujung . huhuhu
BalasPadamFuhh , SPM pulak is coming all the way . Tidakkkk! Tak sanggup nak tgk result SPM lg :'|
BalasPadamkepada adik2 yg tengah tunggu result tu, mesti tengah risau tak tentu pasal.. ape pun good luck la kepada adik2 semua...
BalasPadamp/s : harap sudi singgah,,, komen la seadanya
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html
Result SPM boleh check online tak?
BalasPadamteringat pulak kngn dulu2 masa nk amik resilt stpm...mau x terkejut tetiba kwn salam ucp tahniah dpt 5P...diorang tgk dulu result dr sy sndri...hehee
BalasPadam