Blog copy paste …
" BANYAK betul blog hiburan kebelakangan ini yang Cik Normah tengok copy, paste berita yang dikeluarkan dalam akhbar atau majalah, dan kemudian mereka buat olahan sendiri. Ada ayat yang diguna begitu keras serta mampu membuatkan orang tersinggung.
Cik Normah tidak menafikan, dari segi gaya penulisan, segelintir penulis blog ini tidak mempunyai etika, sebab itu mereka tulis ikut sedap mulut saja, tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. " - NORMAH BECCOK BERITA HARIAN . “ – Normah Becok BERITA HARIAN
Sebenarnya isu yang diceritakan dalam kolumn dia tu lain , tapi intro dia menarik perhatian aku memandangkan aku ni pon blogger gak ..
Mula mula dulu aku berblog , aku mmg cari artikal artikal yang menarik untuk aku simpan dalam blog aku .. Antaranya artikal agama , berita semasa dan sebagainya .. Bab mengolahnya , aku lebih gemar pada entri berita semasa dan hiburan .. Sebab aku menyuarakan pendapat aku pada artikal tersebut terutama hiburan ..
Tapi berpada pada la kan .. Kalau nak bagi pendapat atau kritik , jangan la sampai terlupa adat menulis .. Jangan la sampai menjatuhkan maruah , menulis tanpa ada bukti atau fakta sebenar atau mencaci maki .. Kena bijak la sikit ..
Ada yang rasa konon nak berterus terang atau jujur .. Kena tau gak tahap kejujuran tu .. Bukan main lepas jer .. Kalau ikutkan nak main jujur , lama dah kita sendiri kena maki dengan kengkawan kita .. Kita sendiri pon tak sempurna mana tapi beria nak maki orang !
Jaga bahasa wahai bloggers ..
24 comments
adat manusia. Samalah macam dalam exam. Kadang-kadang copy paste jawapan kawan..
BalasPadampergh... salahkan blogger je.. fitnah depa sendiri pun ada yg lagi canggih. apa pun kalau copy paste biarlah utk mendidik, bukan utk tambah rosak keadaan.
BalasPadamsetuju dngan encik ben!
BalasPadamhadoi...sure nk kasi laris tu
BalasPadamberetikalah ketika berblog
Kakpb tak berani nak laser dari dulu hingga skrg, takut ada yg tersinggong dan takut kena saman:-)
BalasPadambetul!!..:)
BalasPadamKita ni serba kekurangan...yang sempurna hanyalah Allah SWT..
BalasPadamPandai2 la nak berblog. Jgn sampai memfitnah dan kutuk bagai. Ye, kt jgn lebey2 dan jaga batas kita menulis. Tak kirela kat paper, blog, twitter dll. :)
BalasPadamBerpada-pada menulis, tak kire lah blog, paper, twitter, fb, dll media. Dunia skrg semua di tgn anda. Nilai sebaiknya dan jaga batas kita. Kita mmg xsempurna mana. :)
BalasPadambetul tu Ben..
BalasPadamdisebabkan segelintir blogger, semua kena calit sekali. isk2.
BalasPadamFrom,
Nasz
MOHD NASER.COM
ingatan yang baik dari abgben!deno:)
BalasPadamakhbar dan majalah pun bukan betul sangat ceritanya. laser pun boleh tahan.
BalasPadamditokok tambah oleh blogger2 lagi la berkali ganda efek fitnahnya tu.
sekarang banyak sangat blog hiburan and asek2x gosip pasal artis . pastu keje nye mengutuk aje . adess! -_-'
BalasPadammcm la beretika sgt wartawan hiburan yg menulis artikel dlm majalah mahu pun surat khabar dgn tujuan untuk keuntungan dan juga kejar ranking.
BalasPadamsetuju...akan sentiasa ingat.. thanks... =)
BalasPadamManusia mempunyai satu sifat dangkal. Kritik org lagu mana pun tak pa tapi bila org kritik balik ha...mau separuh gila meroyan.
BalasPadambukan wartawan ke yang lebih suka hangatkan berita, dari positif jadi negatif.sebagai pembaca kita perlu berfikir secara rasional juga
BalasPadamsetuju sangat2 dengan kata2 Ben.. :)
BalasPadambila kita menulis biar berpada.. penulis blogger should have ethic sometimes .. and they must know yang bila dia post public yang baca...kalau baca sendiri tak pa la..
BalasPadamsokong kata2 en ben. ape pun kalau kita copy paste tu , specially entri tentang agama sila la kredit pada penulis asal .
BalasPadamkalau ilmu ilmu tak ubah rasa nya..credit ke sumber asal..
BalasPadamYup..
BalasPadamSaya dulu buta IT,
ada juga la copy n paste..
Tapi lama-kelamaan dah tau yang tak eloknya,
saya hentikan perbuatan tersebut.
Kalau copy n paste pun,
saya letak alamat web yang saya cedok tu.
Huhu..
@hanna aleeya
BalasPadamCopy paste jawapan kawan?Ada jugak ek.Nak kena sekeh kepala tu.