Takziah ..
Semalam , sewaktu aku dalam perjalanan ke rumah orang tua aku untuk ziarah mereka , aku terima satu sms dari rakan aku .. Sms yang amat menyedihkan .. Kenalan kitorang yang juga satu opis telah kehilangan anaknya sewaktu melahirkannya.
Dari cara sms tu aku dpt rasa ada sesuatu yang tak kena sewaktu kelahiran anak kawan tersebut. Aku balas kembali sms tu dan tanya puncanya.
‘Over due dan bayi mengalami komplikasi selepas itu .. ‘
Mengeluh panjang aku selepas membacanya .. Kejadian tu mengingatkan aku pada kes anak buah aku yang pertama … Aku tak nak tuding jari pada mana mana pihak sbb ini dah melibatkan bidang perubatan dan aku tidak punya ilmu mengenainya. Kang salah cakap , jadi isu lak ..
Takde rezeki lagi .. Itu yang boleh aku kata … InsyaAllah , Allah Maha Mengetahui .. Kita kena terima seadanya ..
Dan buat kawan aku tu , andai terbaca entri ni .. Bersabarlah .. Dan banyakkan berdoa .. Minta yang terbaik dariNya. Semua ni ujian dari Allah .. Mungkin rezeki kita buat masa ini , di sebelah lain. Kita tak tau dan tak nampak lagi ..
Takziah buat dia serta keluarganya .. Al-Fatihah ..
Buat mereka yang sedang mengandung dan bakal bersalin utk kali pertama , pastikan dapatkan hospital yang bagus dan cekap. Itu je la aku boleh nasihat .. Kang lelebih , susah lak kan ? Geram pon ada ni ..
20 comments
Takziah..Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui..
BalasPadamtakziah ~ al-fatihah ~
BalasPadamInnalillah... Al Fatihah...takziah pada keluarga arwah...
BalasPadamtakziah.
BalasPadaminsyaallah. rezeki ada di kat mana mana (:
Aku kalau nak cerita soal wad bersalin, nurse bagai ni, banyak boleh cerita. Pengalaman sendiri walaupun bini kerja hospital. Dabel standard dan ambil sikap sambil lewa. Tapi dalam satu perspektif lain, kasihan gak kat mereka yg berkerja hampir 12 jam kerana kekurangan kakitangan .... bila waktu kerja lebih, produktiviti kurang ... kualiti apatah lagi.
BalasPadamApapun Al Fatihah buat rakan hang tu.
salam takziah buat mereka..
BalasPadamal-fatihah..takpe..anak tu yang akan tunggu kt pintu syurga nati..aminn..
BalasPadamtakziah.....kehilangan adalah sesuatu yang memeritkan....tp mungkin disebalik musibah, ade hikmahnya.....bersabarlah....
BalasPadamTakziah.
BalasPadamFrom,
Nasz
MOHD NASER.COM
takziah untuk mereka-al-fatihah
BalasPadamtakziah buat keluarga mereka.. pasti ada hikmah disebalik kejadian
BalasPadamnak cerita pasal hospital nurse semua ni memang agak panjang lebar la juga. sebab saya pun masa melahirkan anak pertama memang dah buatkan saya sakit hati pada nurse2 tu semua.. boleh2 dorang suruh tahan jangan beranak dulu. sampaikan anak saya dah makan najis dia sendiri.. huh.. susah la nak cakap
ASSALAM, TAKZIAH...SEMOGA KELUARGA TERSEBUT BERSABAR.
BalasPadamTakziah
BalasPadamsebagai seorang bapa phm sgt perasaan tu..
BalasPadamsalam takziah utk kawan abg ben tue...mungkin belum sampai rezki dia nak ada anak...harap dia bersabar banyak2.
BalasPadamsaya pun penah kena. kena operation kat perut dan tebuk kat pusat, memula confirm kata saya mengandung luar rahim tetiba lepas operation, konon2 bawak berita baik cakap saya tak mengandung luar rahim. wtfish! 2 hari pastu saya gugur. sampai sekarang saya tak taw nape saya kena operation. dah la masa pegi tak sakit tak apa. kul 7 jumpa doc kul 1130 dah operation an de same day. SubhanAllah.. Tuhan je yang tau.. sekarang saya dah fobia nak ke "HOSPITAL" tu..
BalasPadamMy first baby pun meninggal dalam kandungan tapi tak boleh nak salah sesiapa coz masa tu tak cukup bulan. Memang sedih gila. Sebabnya jantung baby tak complete.
BalasPadamhuhuhuhu.. kesiannya.. takziah buat keluarga dan buat si ibu banyakkn bersabar...
BalasPadamsame goes to me last year...masa 1st baby over due...lepas 8 jam push tak kuar baru dorang decide nak operation...alhamdulillah baby selamat cuma saya yg tak selamat coz after operation then tolak ke ward saya bleeding..then operation balik...tambah 3 beg darah..kene tahan wad almost 1week..hb rendah...apa2 pun takziah ..alfatihah
BalasPadamTakziah buat kawan Ben tuh sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.
BalasPadamDulu I pun overdue. Dekat 10 bulan. Doktor yang induce kasi kuar. Nasib baik selamat anak-beranak.
Terbaru dari Logokoko:
[13PG] Kantoi orang gila hampir bogel sedang skodeng!
[U] Seibu
[U] Kembar Ben Ashaari???