Mata ku sudah juling?

by - Khamis, Januari 21, 2016

Aku dah syak sebenarnya tapi belum ada bukti ! Sakit kepala di bahagian atas dan aku tak boleh nak fokus pada satu satu point ! Mata kanan aku ni lebih rabun dari mata kiri. Dan baru baru ni , aku check , mata kiri dah semakin ok tapi mata kanan makin rabun ! Jadi bila aku melihat sesuatu tu , aku lebih kerap guna mata kiri .. Apakah puncanya dari cermin mata ? 

Aku tukar cermin mata baru. Lens baru tapi saki kepala tetap ada dan mata aku agak juling itik skit. Walaupun begitu aku tetap kelihatan kacak sama sekali. Orang kata juling itik ni nampak cantik dan kacak. Ternyata mereka pandai menjaga hati si juling itu ! Huhhhh.. Aku tak berpuashatiii.. 

Aku buat pemeriksaan mata dan tukar lens yang lebih berkualiti ! 



Hasilnya.. mata kanan aku boleh fokus dengan baik dan menariknya , juling itik aku dah jadi normal kembali.. Aku pon tak sakit kepala dah. Bila bukak cermin mata , aku boleh lihat tanpa rasa pedih di mata.. 



Aku syak lama dah bila wife aku kata napa mata aku juling skit ! Aku kata aku start juling masa jumpa dia ! Terpukau dengan kecantikan dia.. Maka bermula dari situ la juling walhal aku pakai cermin mata dah bertahun ! Cermin mata ni , hanya boleh pakai paling lama 2 tahun ! Pastu kena check balik power dia ..Ada yang ok dan ada yang makin teruk ! Kalau ok , pon kena check ! Sebab kalau dibiarkan , risau jadi juling gajah lak ! Haaaa... lagi bahayaaaa..

Cuma kes macam aku ni.. nak tukar lens setiap setahun sekali agak parah gak laaa.. Aku ni rabun tahap 98 petala langit punya.. namun gitu , aku lom tahap buta lagi laa.. boleh la nampak kecunan awek bila lalu depan aku.. hhehehe... Awek tuuuuu ! 

Nasihat.. jangan amik mudah mengenai cermin mata korang tu yer ! Sebelum mata rosak.. atau jadi juling sepenuhnya , baik dapatkan pemeriksaan pakar mata..

Maaf yer.. saya bukan menghina orang yang bermata juling.. Tetapi mereka yang senasib dengan saya.. berkaca mata tapi tak menitikberatkan penjagaan mata ! Seriuss.. aku mmg macam rasa dah juling ! Nasib baik CRIZAL UV LENSES membantu aku ! Haaa.. part ni , nanti aku cerita kat entri lain.. sebab panjang la gakkkk .. atau korang leh baca entri aku yang lepas mengenai CRIZAL UV LENSES ni ! 

You May Also Like

8 comments

  1. ya, muka abang Ben doh lain sikit.

    BalasPadam
  2. a'ah la .. terserlah kejulingan di situ. Rupanya ada kena mengena ngan lens yek. Nanti nak cek la power mata dan spek ni ... rasa macam nak naik je hehehe

    BalasPadam
  3. haah..memg betul.. kadang2 akan perasan bila mata kita x fokus..macam x selari je 2-2 biji mata..yoorin ada masalah juga..mata hitam sebelah kanan lebih kecik dari belah kiri..huhu..

    BalasPadam
  4. Yang PC tahu juling air...ada juling itik ea..kalau parah boleh juling gajah tu..ermmmm teruk juga..mudah mudahan tiada lagi kejulingan selepas ini..

    BalasPadam
  5. Muka Ben dah iras2 Chef Adu...ahahhaaa...pitam!

    BalasPadam