Kalau mereka nak menang , mereka kena kena letak jawatan !

by - Isnin, Januari 15, 2018

Aku suka layan Explore Feed di Facebook. Macam macam cerita ada kat situ.. realiti , fantasi dan juga mengarut. Fitnah pun bersepah gak. Macam macam tajuk ada untuk menarik perhatian netizen supaya dibaca dan diviralkan. Antara yang menarik perhatian aku ialah politik ! 

Aku belum sertai mana mana parti politik. Bagi aku , parti politik di dalam negara kita masing masing berjuang atas dasar dasar tertentu tapi keutamaan adalah untuk rakyat , katanya. Bagus ! Aku suka gitu. Parti, takda isu bagi aku. Parti tak pernah bersalah... mana mana parti pon ! 

Aku tak mahir bicara hal politik. Tapi inilah yang aku rasa. Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Selama beliau di atas , beliau tak tau apa apa yang berlaku di bawah ! Segala maklumat disampaikan melalui 'orang-orang'nya.. kiri dan kanan. Apakah beliau pernah turun bertemu rakyat seorang diri ? Menyamar  sebagai orang awam ? Turun tanpa pegawai pengiring atau diberi notis terlebih dahulu ? Aku tak tau dan aku rasa tak pernah pon..


Selepas Tun Mahathir menjadi 'rakyat biasa' , baru beliau nampak apa yang sebenarnya berlaku di dalam negara yang dipimpinnya berpuluh tahun lamanya. Baru dia nampak apa yang dialami oleh rakyat Malaysia. Kehidupan sebenarnya..  Apa yang telah berlaku dan apa yang dia telah dia lakukan!

Dan dia kembali berjuang untuk rakyat Malaysia untuk perbetulkan segala-galanya ! Ok , noktah ! Itu pendapat aku. Kalau salah , maaf la yer. 

Ok.. dan sekarang , para pemimpin yang masih berkuasa , aku nampak masing masing keluarkan pendapat mengenai 'kepulangan' Tun Mahathir ke kancah politik dan ingin menjawat semula jawatan Perdana Menteri. Pelbagai 'pendapat' dilemparkan.. dan kebanyakkan tidak matang langsung bunyinya kecuali seorang dua jer yang bijaksana ! 

Keratan dari Berita Harian 

Dan tak lama lagi Parlimen akan dibubarkan. 'Perang' makin dasyat. Rakyat dah tau apa yang patut dilakukan. Ketika ni , semua calon turun padang. Tunjuk mereka prihatin. Bagus laa gitu. Serius bagus ! Tapi ramai tak lupa , sewaktu mereka ada kuasa.. apa yang mereka buat ? Apa yang mereka kata ? 

Ok... Ini yang sepatutnya mereka buat sekarang... tapi bagi aku dah terlambat la. Mereka patut letak jawatan mereka... dan kembali menjadi rakyat ! Jika mereka adalah pemimpin yang dari dulu takda isu , maka inshaAllah mereka akan kembali dipilih. Tapi jika sebaliknya , hurmm... peluang untuk naik semula tu , agak payah.. melainkan ada 'magik' ! 

Bukan apa.. kita semua tau laa... asal bila 'orang besar' turun , segalanya tiba-tiba jadi cantik ! Yang buruk, abis ditutupnya... tak nampak apa apa cacat pun ! Camana tu ? Maka pemimpin akan nampak cantik je la. Tak kisah la bab apa pun... kemajuan hinggalah ke kebajikan rakyat... pemimpin atas perlu nampak dengan mata sendiri , dengar dengan telinga sendiri. Jangan percayakan sangat 'orang kepercayaan' 100% ! 

Aku malas nak panjang cakap.. Aku harapkan PRU akan datang ni berjalan dengan matang , bersih dan adil... Utamakan negara kita yang tercinta. Jangan sampai tergadai ke tangan orang asing ! Penat la tengok negara kita dipenuhi dengan bangsa bangsa yang mula besar kepala dan berlagak seolah olah ini negara mereka. Jangan sampai mereka claim , mereka juga layak mengundi seterusnya jadi Perdana Menteri.. dah la !

Sekadar pandangan aku , sebagai rakyat Malaysia. Tak perlu nak kecam dalam persidangan parti !

You May Also Like

4 comments

  1. kannn...hidup ****** !!! eh..eh.....

    BalasPadam
  2. sama-samalah tunggu apa akan jadi masa akan datang.

    BalasPadam
  3. Suka cara Tun M, bangkit perjuangkan nasib rakyat walaupun dulu dia tak tahu camne nasib rakyatnya semasa jadi PM.

    BalasPadam
  4. Tak faham dan taknak faham langsung. Sakit kepala.. Toeennggg.. Tapi lg elok rasanya kalauu... Erm.. N jd M buat masa skrg ni.

    BalasPadam