Mudahnya guna MRT !
Aku kena gi IPC di Damansara. Aduh.... semalam dah kecoh banjir ! Tengok gambar pun dah cukup mengerikan. Camana eh nak ke IPC ? Aku dapat tau yang ada stesen MRT berhampiran dengan kawasan tu. Aku tanya kawan kawan yang biasa guna pengangkutan awam. Heee.. dulu , akulah 'Raja Pengangkutan Awam' ni tapi selepas kawin dan tak bekerja , aku tak da alasan kukuh untuk guna dah.
Kawan blogger whatsapp aku... Sue Izza. Dia bagitau stesen mana yang dengan dengan rumah aku. Aku dalam keadaan bingung , memang tak terfikir apa apa. Banyak ujian buat diri aku kebelakangan ni. Huhuh... Setelah dapat info , aku atur perjalanan. Check Waze.. dari rumah aku ke Stesen MRT Sungai Jernih, Kajang mengambil masa dalam 40 minit. Tu pun tak sesak ! Huhuh... Kalau sesak , entah berapa lama lak.
Maka selepas subuh , aku terus keluar.. Dan aku parking di Tesco Kajang. Dari situ aku berjalan kaki. Dalam 3 minit gitu je. Tak jauh pun. Pergh.. ni pertama kali nak guna MRT. Harapnya mudah je la.. hahaha.. Aku ikut jer orang. Dan sampai laa ke mesin token. Dan... laaaa , senang rupanya !
Search jer.. taip nama stesen , terus keluar pilihan !
Baru RM4.90. Pergi balik RM 9.80 ! Jimat. Tak perlu tempuh kesesakkan lalulintas.
Petunjuk masa
Nah... tak perlu tanya kaunter dah !
Sampai dah !
Naik jam 7.40 . Sejam je amik masa. Ok la kan ?
Sempat sarapan lagi.
Alhamdulillah... pasni nak ke mana mana event , naik kemudahan awam jer. Tiba tiba rasa macam kat Jepun dah ! Hahahahaaa..
9 comments
Tak pernah cuba lagi naik MRT..Nanti leh try hihi
BalasPadamnaik mrt la senng jimat hehe
BalasPadamtak pernh naik lagi..
BalasPadammenarik betul..Bila la nak ada juga mrt atau erl kat kuantan ni..heeeee
BalasPadamAlhamdulillahhhh memudahkan ,terutama malas layan jem tu hehehhe
BalasPadamLagi mudah bila tak perlu nak hadap jammed ..
BalasPadamSaya pun kurang reti naik pengangkutan awam ni sebab tak biasa. MRT ni pun tak pernah naik lagi.
BalasPadamtak pernah rasa nak MRT lagi....
BalasPadamDah lama tak ke KL...
BalasPadam