Selepas Paris dan Toulouse , bakal ke Itali pula aku ! Untuk apa ?

by - Rabu, Mei 30, 2018

Rezeki Ramadan. Alhamdulillah.. Ingatkan Ramadan ni aku 'slow' tapi tidak. Banyak je meeting aku kena pergi. Job untuk aku dan juga team #KBBA9. Alhamdulillah... tak putus putus buat aku dan rakan rakan. Rezeki untuk anak anak juga. 

Ahaa... ceritanya begini. Aku dapat mesej di Instagram. Bila dia sebut ' Itali' terus aku.. Woww ! Takkan kot ? Aku masih tidak menaruh sebarang harapan sebab segalanya masih dalam proposal. Dan selepas Subuh tadi , aku terima whatsapp. Lanjutan dari proposal tu , boss dia yang juga seorang Datuk bersetuju untuk bawa aku ke sana ! Yer , aku seorang saja blogger terlibat. Katanya selepas meneliti beberapa orang calon , dia berminat pada Ben Ashaari... aku le tuuuu ! Heheheh.. Tak nak orang lain.

Ke mana Itali ? Dan apa tugas aku ? Katanya diorang akan beli sebuah resort di sana dan akan majukan. Cantik tempat tuu.. Di kawasan pergunungan gituu... Aku bukan gi kawasan bandar wooo.. Ala ala kampung gitu ! Memang aku idam nak gi tempat gitu. Asyik bandar je kan ? Huhuh... 






Amacam ? Katanya lepas raya la. Apa pun kena tunggu perjanjian dimeterai. Pastu baru boleh cerita. . kan kan ? Kalau ada rezeki.. gi laaa.. InshaAllah.  Malas nak angan angan lebih. Walaupun dah dipersetujui tetapi pihak Datuk tu kena selesaikan beberapa urusan terlebih dahulu. Baru boleh ceritaaa.. 

Teringin lama dah , nak oiiii ! Harap nanti ada gak la trip ke Eropah dengan Juara Travel. Hahahaha !

You May Also Like

7 comments