McDonald's tempat makan dan blah !

by - Jumaat, Januari 31, 2020

Dalam sekali sebulan , aku suka pergi McDonald's bersama keluarga atau melepak di situ. Kalau teringin , tak kira masa. Tapi aku gemar pergi malam sebab siang hari ramai orang !  Dan kurang gemar nak duduk makan di dalam restoran sebab biasanya akan dipenuhi dengan golongan muda. Tak kira la pelajar atau yang dah bekerja..mungkin lebih pada nak bersantai santai jer.. 

Tapi baru baru ni , ada sekeping gambar menarik minat aku.. 


Bagi aku la... nak duduk dan belajar atau siapkan assigment sebagainya , ok jer.. cuma janganlah telalu lama atau buat dalam satu grup yang besar..  Sejam dua , dah la. Kalau nak lama lama , cari tempat yang lebih selesa. McDonalds tu tempat makan. Tak kira la single atau bekeluarga.  Duduk makan... borak borak.. abis.. blah ! Jangan berumah kat situ lak.. 

Aku sendiri pun suka berjumpa dan meeting di McDonald's. Santai walaupun kecuh dengan kanak kanak. Kalau tak nak kecuh dengan kanak kanak , cari McD yang takda tempat permainan. Situ bukan McD kegemaran mereka yang dah bekeluarga.  Dan yang bawak anak tu , tengok tengok la anak sendiri yer. Bukan main lepas dan biarkan gitu saja.. 

Kesimpulan... pendapat aku , kena ada sikap timbang rasa. Mana mana pihak pun. Dah makan , kemas dan bersihkan meja. Orang lain boleh duduk makan lak. Dan sekali lagi.. janganlah duduk terlampau lama. Kalau dah abis makanan tu, angkat kaki.. blah ! Senang je kan ?

You May Also Like

5 comments

  1. yer betul! common sense kena mainkan peranan. jangan pentingkn diri sendiri bila hak awam digunapakai macam hak sendiri

    BalasPadam
  2. Teringin nak ke MC dekat Keningau ada dah tempat ni..memang cantik lokasi strategik.Tak tau lah bila dapat pergi.
    terfikir pendapat kawan, makan kat MC, just nak makan bukannya apapun..

    BalasPadam
  3. Mmg trending ke skrg org tulis atas kotak?

    BalasPadam