Khayr Frozen Food, makanan berkhasiat untuk seisi keluarga !

by - Khamis, Mei 26, 2022



Lama dah aku tengok produk ni lalu lalang di timeline Facebook aku. Tetiba rasa teringin nak cuba. Ditambah lagi Aariz lak suka makan hotdog dan meatball. Tapi aku bukan kasi hari hari pun. Seminggu sekali gitu je. Tu pun jumlah kecil. Sebab tu la makanan sejuk beku ni kena ada kat rumah. Tahan lama. Dalam kes kes emergency, boleh membantu la. Huhuh.. Buat alas perut gitu. 

Aku masuk web Khayr Brand - House Of Halal Frozen Food . Fuh , macam macam ada rupanya. Yang bagusnya , produk mereka ni tidak menggunakan MSG dan pengawet ! Gunakan 100% isi ayam & daging sebenar (lean meat). Manakala untuk perisa menggunakan rempah asli dan casing sosej pula dari selulos Tumbuhan (bukan haiwan). Tidak sama sekali mereka menggunakan Mechanically Deboned Meat (MDM) dalam penghasilan produk Khayr ni. Dan pastinya, Khayr adalah produk Muslim Halalan Toyyiban yang memiliki Sijil Halal JAKIM. 

Apa lagi.. pilih dan pilihan. Buat bayaran.. Rider akan hantar terus ke rumah ! Alhamdulillah.. Stok untuk 2-3 minggu dah ada.. Harga pun ok jer. Nak lagi best , kalau korang nak jadi agen pun , boleh ! Haaaa.. Memang dialu alukan sangat. Info nak jadi agen , ada kat bawah sekali.. 






Ada banyak pilihan untuk ibu ibu yang nak berikan makanan terpilih untuk anak anak mereka terutamanya mereka yang tak berkesempatan nak masak di awal pagi atau makan malam. Dikatakan masa proses R & D, antara advisor  mereka adalah Fitness Coach & Athlete yang memang teliti dengan nutrisi pemakanan. Sebab mereka tahu , ramai yang mencari makanan yang sesuai dan sihat untuk dimakan seisi keluarga ! 

Ini antara produk yang ada dijual di web mereka. Banyak pilihan. Kalau nak guna ketika BBQ , camping atau rumah terbuka,  memang menarik ! Bila lagi nak support produk bumiputera lagi Halal , kan ? 





Untuk jadi agen atau order : 

Pembelian terus di web :  

Delivery ke seluruh Lembah Klang dengan harga yang lebih murah :

Shopee :  

Facebook : https://www.facebook.com/KhayrBrand

You May Also Like

2 comments

  1. Memang sedap sosej dan patty khayrbrand ni. Anak-anak pun suka. Paling penting healthy,tiada msg, tiada perasa dan pewarna tiruan.

    BalasPadam