Aku fikir fikir balik .. Kenapa ? Kenapa blogger popular ni sering jadi tumpan blogger blogger lain terutamanya yang baru baru ? hurmm... kenapa eh ??
Ok... jawapan yang aku dapat ... Ada pelbagai cara blogger menjadi popular ... Antaranya , melalui media massa ... Tapi dengan media massa ni bagi aku , jarang nak meletop kecuali mmg rezeki dia atau ada isu panas !
Dan popular dikalangan sesama blogger sendiri .. Cara ni , blogger akan sering menjadi perbualan sesama mereka.. Tak kira sewaktu makan ... sewaktu chatting .. atau sewaktu berforum.. malah dalam entri pon sering menjadi isu ..
Kenapa mereka ( blogger popular ) menjadi idola ( tak sepatutnya jadi idola bagi aku ) ?? Jawapannya ialah ... mereka pon blogger .. yang popular tu pon blogger .. masing masing punya blog .. tapi hanya 'nasib' membezakan mereka .. Dan mereka selalu membaca penulisan blogger tersebut dan teringin mengenali penulis blog itu.. Aku sendiri pon ada teringin berjumpa blogger yang aku minat.. hehehe..
Disamping 'nasib' , keunikkan serta kelebihan sesuatu blog itulah membezakan antara blog A dengan blog blog yang lain ... Sebab itulah , blog perlu unik dan punya identiti untuk menarik pembaca pembaca ke blognya ..
Seperti murid di dalam satu kelas... Berapa ramainya yang akan dapat no 1 di dalam kelasnya ? jika semua rajin dan bijak , berapa ramaikah akan dapat no 1 ???
Popular ni bukan kemahuan .. tapi itulah kesannya akibat bila dah dikenali .. Ada blogger yang berlagak ARTIS bila dah dikenali .. ada yang masih seperti dulu tapi tetap dicop berlagak ... Hahaha.. macam macam kan ? Jadi toksah pening kepala... Ianya sekadar blog dan blogger ...
Nasib .. rezeki ... unik .. dan kreativiti ..bukan semata mata fizikal saja ..
