Ibu beri susu badan sukar obes

by - Jumaat, Julai 13, 2012

 

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym.
Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus.

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.

 

Sekadar perkongsian maklumat  dari akhbar Berita Harian .

 

Nak tau dengan lebih lanjut ,klik SINI

You May Also Like

9 comments

  1. saya menyusukan anak sampai umur dia 6 bulan jer.. kalau ikutkan nak sampai dia umur 2 tahun tapi tak der yang beri sokongan.. sedih..

    BalasPadam
  2. incik ben, nk curik ini artikel ye...maceh...lalala...:p

    BalasPadam
  3. Sy full BF anak smpi umur dia dah nak msk 9 bln ni..memang ramai org kata saya sudah kurus berbanding sblm ini.. :)

    BalasPadam
  4. memang betul...memang nyusu badan mampu elakkan obes bagi ibu..memang ada kajian pasal ini..

    BalasPadam
  5. mak saya menyusukan 5 anak .. tapi tak kurus pun .. HUHU

    BalasPadam
  6. Saya sangat setuju dengan kajian dan statement ni. Semasa anak saya menyusu badan dahulu, berat badan saya maintain je, cun je. Selepas dia berhenti menyusu badan, badan saya pula naik bagai dipam-pam

    BalasPadam