Masalah bayi berkahak

by - Sabtu, Julai 14, 2012

 

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

CPT-55a_img_2 CPT-55a_img_3

( Teknik CPT ni boleh dibelajar di SINI )

 

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.   

 

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber – Utusan

You May Also Like

9 comments

  1. dulu masa anak saya kecil2 memang saya akan sedut hingus dia.. tapi sekarang bila dia batuk atau selesma memang saya akan urut perlahan kat belakang dia supaya dia muntahkan kahak tersebut.. memang berkesan..
    bila baca info dari abgBen ni, bertambah lagi pengetahuan saya..

    BalasPadam
  2. bagus sangat2 info ni, dah lama saya cari sbb baby ada mslh kahak,tp kekadang je.. dah rujuk pd hospital klang, ambik darah,air kencing semua ok..so,dktr stop smp situ je.. 6t saya nk praktik kan cara ni..

    BalasPadam
  3. Ya info berguna. Tepuk belakang tu mmg salah satu cara selain sedut hingus baby.
    :)

    BalasPadam
  4. salam.

    Betol-betol. Sebab dulu masa masuk posting kanak-knak, majoriti yg masuk disebabkan demam, batuk, selesema. Kanak-kanak nie mudah mendapat jangkitan (URTI).


    Kalau orang tua, diorang tahu macamana nak keluarkan kahak. Tapi, budak-budak kecik. Diorang tak tahu lagi. Sebab tue, kalau diorang batuk, bunyi batuk berkahak atau nama glamour dia Chesty Cough. Budakk2 selalu kahaknya akan ditelan masuk ke saluran permakanan andai tak dapat keluar melalui mulut.normal.


    Tepuk-tepuk tue effektif.

    tp, yg plg baik semesti yusuff taiyoob, eh, semestinya elakkan org dewasa yg demam, batuk or selesema, walaupun sedikit tahap severitynya. Jauhi dr kanak-kanak.

    kadang2 kesian bila makayah baru happy2 dpt baby, baby dah kena tahan wad sebab benda nie. T___T

    mcmana nk jadi paediatrician nie. x dapat kawal emosi tgk bdk sakit T____T



    1. Bronchitis : radang salah-satu saluran pernafasan yg bernama bronchus.
    2. Broncospasm : Bronchus itu mengembang disebabkan iritasi dan proses-proses (inflammatory response) yg menyebabkan sel-sel di bronchus tue kemerahan, dan akan mengeluarkan dengan lebih banyak mukus / cecair untuk menghilangkan iritasi tersebut. Tapi, ia juga menyebabkan baby berkahak.
    3. pneumonia : jangkitan paru-paru. salah satu penyakit yg common untuk budak2 dapat. Ada yg dapat sikit jer, ada yg dapat teruk sampai kena pakai nebulizer.


    hehee..

    oanjang plak komen.
    sorry abg ben.

    BalasPadam
  5. makasey kongsi info ni ..up to now, kalo adriana nye hidung tersumbat, memang kite sedut je ..pasni leh la praktikkan ilmu fisioterapi tu lak :) ..

    BalasPadam
  6. so true en. ben..sye pun ade xperience camni, doktor yang i checkup pun x galakkan utk sedut kahak gunakan alat tiub , coz lebih mudah bb dapat jangkitan even tiub tu bersih@steril, dia lebih suggest utk buat teknik tepuk belakang bb..mmng sye buat dah so far ..okey xde masalah..;);) good info en. ben;);)

    BalasPadam
  7. info yg sangat bagus ben...
    tima kasih banyak sudi berkongsi info ni..
    mas pun ada baby yg berusia sebulan lebih...
    memang risau klu situasi gini terjadi...
    insyaAllah..sekarang dah belajar serba sedikit cara jika baby ada masalah batuk dan kahak...

    BalasPadam
  8. perkongsian yg bgus abg ben....anak buah sy pon ade mslh nie..cian lak tgk smpai ssh nak bernafas...cian lak tgk budak kecik cntu....huhu

    BalasPadam
  9. ni yang komen ni tengah mengalami masalah anak dara berkahak... =.="

    BalasPadam