Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 15 September 2014

Qhaliff dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ?

 

Gi bawak Qhaliff klinik sekali lagi pagi tadi.. Hurm… Kali ni rawatan diberikan lebih detail. Doktor syak dia dapat penyakit ni selepas aku bgtau dia sakit kat belah dlm mulut.

Pastu dia periksa tangan dan kaki .. Hurm.. dia kata , ni antara simptomnya ..Tapi tak merbahaya. Kena banyak berehat di  rumah. Dia bagi ubat supaya Qhaliff dapat tidur lebih nyenyak dan mudah ! Terus terang , mmg payah dia nak tidur ketika ni.. Kesian pon ada…. Bila dia tak dapat tidur , aku pon sama la.. Wife lagi laaa tak dpt tidur.

Dari mana dia dapat ? Aku  syak dia dapat dari sepupu dia yang turut sama kena ! Sekarang adik dia pulak kena.. Anak buah aku tu la.. Tapi yang abang dah beransur pulih kata mak aku .. hur..

Penyakit ni turut dikenali sebagai HFMD , mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Menurut artikal dari blog Dr.Azwan , HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Antara simptom yang ada pada Qhaliff ketika ni ialah kelihatan penat , tidak mahu makan , menangis.. Hurm.. Kalau dia menangis , kita pon leh turut sama menangis.. haaa , tamo berenti kooo ..

Cara rawatan ? Menurut dari artikal Dr.Azwan lagi  , biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Sila rujuk artikal beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut yer ..

Hurm… Zahra camana pulak ? Doktor menasihatkan aku supaya jangan benarkan Qhaliff cium adik dia .. Elakkan ada persentuhan diantara mereka. Sila kerap basuh tangan .. Jaga kebersihan..

Bila anak kita disahkan ada penyakit ini , jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. Dalam erti kata lain , kena kuarantin la di rumah.. Hurmm ..

Kena tidur asing diorang ni .. Hurm.. Esok dah la ada dgn interview Harian Metro.. hurmm…

20 komen :

TunSha Ayunie berkata... [Reply to comment]

rindulaa Qhaliff nak usik adik dia lepas ni..

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

dgr anak org sakit kita yg ada anak mcm dpt rasa kerisauan tu.even tak bahaya pn memg kita sbg mak bapak ttp risau kan.moga cepat sembuh Qhalif.ada jugak baca artikel pasal tu siang tadi.risau jugak sbb senang berjangkit

acik watie berkata... [Reply to comment]

Bawak sekali diaorang masa interview tu, baru nampak kesungguhannya tu. Good luck ye!

http://acikwatie.blogspot.com/

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Moga dak Qhaliff cepat sembuh hendakNYA..

Karya Mahirah berkata... [Reply to comment]

anak KM pun pernah kena... tapi tak pe klu diberi antibiotik insyaAllah cepat baik... get well soon qaliff...

Nora Karim berkata... [Reply to comment]

Alahai.. kesian qhaliff... syakallah qhaliff... auntie doakan cepat2 qhaliff sembuh yea...

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

kesian abg qhaliff.. harap2 tak kena jangkit la ngn zahra

Aishah Ahmad berkata... [Reply to comment]

Anak2 AA pon prnh kene HFMD ni.nasib baik la demamnya x teruk sbb dh kasi imun booster siap2.cuma ulser je buat diorang x selera makan.

Fathiyah Selamat berkata... [Reply to comment]

kesian nye abam Qhaliff. Semoga cepat sembuh. =)

eamy milea berkata... [Reply to comment]

Semoga Qhaliff cpt smbuh...inshaallah

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

anak sy pnh kena.so kena kuarantin seminggu kat umah..ben sapu calamine kat tmpt yg ada biji2 tu.sapu tebal2 pon xpe.nt xlama dia akn luruh la benda tu...kne pakaikan qaliff sarung tgn la xnk bg dia garu dgn tgn hehe

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

Dugaan anak kecil, bersabarlah..ia akan berlalu sepertimana org tua kita dulu jaga kita..insyaAllah semuanya akan ok.

antalya berkata... [Reply to comment]

sapu calamine losyen kat seluruh kaki ngan tangan qhalif tu. bg cepat sikit baiknya

Kak T berkata... [Reply to comment]

kesiannya

Allene berkata... [Reply to comment]

masa anak saya kena sakit ni, memang kena asingkan dengan adik dia.
lepas tu, doctor ada bg ubat spray mulut. yang tu elok.

yana yani berkata... [Reply to comment]

penyakit ni disebabkan virus camni memang mudah berjangkit
tapi budak merana juga kalau kena ni
hopefully qhaliff cepat sembuh
kena "pantang" kan dia dari zahra

p/s - terima kasih sebab abg ben follow blog saya. appreciate sangat. ada entry penghargaan untuk abg ben

Sch@ berkata... [Reply to comment]

Subahanallah ..
Setiap Ujian ada hikmahnya ...
Moga adik Qaliff cepat sembuh ..

Aamiin

azimah mohd zainuddin berkata... [Reply to comment]

Kesiannya, semoga cepat sembuh qhaliff

http://www.lovehutladyvitamin.com

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Moga Qhaliff cepat sembuh...

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Anak kawan baru je kena baru ni.. Risau tinggal anak kat Nursery..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI