Qhaliff dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ?

by - Isnin, September 15, 2014

 

Gi bawak Qhaliff klinik sekali lagi pagi tadi.. Hurm… Kali ni rawatan diberikan lebih detail. Doktor syak dia dapat penyakit ni selepas aku bgtau dia sakit kat belah dlm mulut.

Pastu dia periksa tangan dan kaki .. Hurm.. dia kata , ni antara simptomnya ..Tapi tak merbahaya. Kena banyak berehat di  rumah. Dia bagi ubat supaya Qhaliff dapat tidur lebih nyenyak dan mudah ! Terus terang , mmg payah dia nak tidur ketika ni.. Kesian pon ada…. Bila dia tak dapat tidur , aku pon sama la.. Wife lagi laaa tak dpt tidur.

Dari mana dia dapat ? Aku  syak dia dapat dari sepupu dia yang turut sama kena ! Sekarang adik dia pulak kena.. Anak buah aku tu la.. Tapi yang abang dah beransur pulih kata mak aku .. hur..

Penyakit ni turut dikenali sebagai HFMD , mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Menurut artikal dari blog Dr.Azwan , HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Antara simptom yang ada pada Qhaliff ketika ni ialah kelihatan penat , tidak mahu makan , menangis.. Hurm.. Kalau dia menangis , kita pon leh turut sama menangis.. haaa , tamo berenti kooo ..

Cara rawatan ? Menurut dari artikal Dr.Azwan lagi  , biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Sila rujuk artikal beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut yer ..

Hurm… Zahra camana pulak ? Doktor menasihatkan aku supaya jangan benarkan Qhaliff cium adik dia .. Elakkan ada persentuhan diantara mereka. Sila kerap basuh tangan .. Jaga kebersihan..

Bila anak kita disahkan ada penyakit ini , jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. Dalam erti kata lain , kena kuarantin la di rumah.. Hurmm ..

Kena tidur asing diorang ni .. Hurm.. Esok dah la ada dgn interview Harian Metro.. hurmm…

You May Also Like

20 comments

  1. rindulaa Qhaliff nak usik adik dia lepas ni..

    BalasPadam
  2. dgr anak org sakit kita yg ada anak mcm dpt rasa kerisauan tu.even tak bahaya pn memg kita sbg mak bapak ttp risau kan.moga cepat sembuh Qhalif.ada jugak baca artikel pasal tu siang tadi.risau jugak sbb senang berjangkit

    BalasPadam
  3. Bawak sekali diaorang masa interview tu, baru nampak kesungguhannya tu. Good luck ye!

    http://acikwatie.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Moga dak Qhaliff cepat sembuh hendakNYA..

    BalasPadam
  5. anak KM pun pernah kena... tapi tak pe klu diberi antibiotik insyaAllah cepat baik... get well soon qaliff...

    BalasPadam
  6. Alahai.. kesian qhaliff... syakallah qhaliff... auntie doakan cepat2 qhaliff sembuh yea...

    BalasPadam
  7. kesian abg qhaliff.. harap2 tak kena jangkit la ngn zahra

    BalasPadam
  8. Anak2 AA pon prnh kene HFMD ni.nasib baik la demamnya x teruk sbb dh kasi imun booster siap2.cuma ulser je buat diorang x selera makan.

    BalasPadam
  9. kesian nye abam Qhaliff. Semoga cepat sembuh. =)

    BalasPadam
  10. Semoga Qhaliff cpt smbuh...inshaallah

    BalasPadam
  11. anak sy pnh kena.so kena kuarantin seminggu kat umah..ben sapu calamine kat tmpt yg ada biji2 tu.sapu tebal2 pon xpe.nt xlama dia akn luruh la benda tu...kne pakaikan qaliff sarung tgn la xnk bg dia garu dgn tgn hehe

    BalasPadam
  12. Dugaan anak kecil, bersabarlah..ia akan berlalu sepertimana org tua kita dulu jaga kita..insyaAllah semuanya akan ok.

    BalasPadam
  13. sapu calamine losyen kat seluruh kaki ngan tangan qhalif tu. bg cepat sikit baiknya

    BalasPadam
  14. masa anak saya kena sakit ni, memang kena asingkan dengan adik dia.
    lepas tu, doctor ada bg ubat spray mulut. yang tu elok.

    BalasPadam
  15. penyakit ni disebabkan virus camni memang mudah berjangkit
    tapi budak merana juga kalau kena ni
    hopefully qhaliff cepat sembuh
    kena "pantang" kan dia dari zahra

    p/s - terima kasih sebab abg ben follow blog saya. appreciate sangat. ada entry penghargaan untuk abg ben

    BalasPadam
  16. Subahanallah ..
    Setiap Ujian ada hikmahnya ...
    Moga adik Qaliff cepat sembuh ..

    Aamiin

    BalasPadam
  17. Kesiannya, semoga cepat sembuh qhaliff

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  18. Anak kawan baru je kena baru ni.. Risau tinggal anak kat Nursery..

    BalasPadam