Selesa dengan Ray-Ban rupanya !

 

Aku pelik.. Masa aku umur 17 tahun dulu , kawan kawan sekolah .. kawan sepermainan , cukup giler nak berkacamata Ray Ban ! Aku tak minat !! Aku lebih berkonsepkan ‘futuristik’ .. Hehehe.. spek ala ala Mi2 gituuu .. hehehe .. Sport punya la.. kena ngan muka aku !

Dan akhirnya , aku memilikinya ! Tu sebab aku ada satu spek kacamata rabun Ray Ban. Selesa pakai ! Disebabkan tu la , aku beli satu Ray Ban RB3052 Aviator , bercermin polarized.

Photo

Photo

Nampak sesuai samada dengan pakai head gear atau tanpanya ! Haaaa… Terasa Tom Cruise jap ! Hahahahaha … Barulah aku tau nape ramai tergila nak pakai jenama Ray Ban yang original ni .. hurmmm..

Nampak gayanya .. berkongsi la jap ngan wife. Ada duit lebih , leh sambar satu lagi ! Ada satu yang aku berkenan kat Glassesonline tu .. hehehe.. harap tak abis stok atau abis sale.. huhu .. Banyak jenama dan banyak pilihan. Dah semua nampak best pulak !

“Ala .. beli je tiruan punya ! “.

Kalau tak sayang mata , beli la tiruan ! Rosak mata , baru tauuu .. Haaa…

8 ulasan:

  1. sbelum ni sya tak pernah berminat nak pakai spek mata hitam walaupun umy & abah pakai..sejak dah kawen hubby ajak pakai, tp belum terbuka hati.. tp tgk yg abg ben pkai ni nmpak mcm ok je..berminat la pulak..

    BalasPadam
  2. Kalau orang komplen mahal beli ray ban asli, suruh je dia orang pakai riben. Hahahaha!

    BalasPadam
  3. Hensemnya bro ben ni..samada dengan atau tanpa ray ban... :)

    BalasPadam
  4. ramai yg suka spek ray ban ni...kwn KM pun suggestnya jugak... dia orang pun ckp selesa...

    BalasPadam
  5. ai... bergaya la bro.. ha ha ha

    nak maklumkan kak yati letak pic bro dlm blog.. boleh tengo la..

    sekadar idea penulisan aka..

    BalasPadam
  6. nanti kalau nak beli Rayban, jgn ambil yg sama... ambil Rayban Clubmaster atau Wayfarer. Kalau ladies mcm isteri sesuai sgt pakai rayban wayfarer.. pastu tu tukar2 ikut mood dgn isteri.. jimat sikit. saya buat camtu la dgn suami hehehehe

    BalasPadam
  7. Orang iban kata ‘sigat’ maksudnya handsome…aku pun peminat rayban aviator..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009