32 minggu sudah kandungan !

by - Isnin, Julai 25, 2016

 

Semalam gi check up di Klinik Azalea , Putrajaya. Check up di klinik kerajaan ari tu , aku agak kurang puashati. Yelah , nak salahkan diorang pon tak leh gak.. Diorang banyak pesakit nak dilayankan.. kan ?

Qhaliff pon bersuara nak tengok baby.. scan lagi.

image

Gi main terjah klinik… maka kena tunggu lama la skit berbanding yang ada buat temujanji. Dekat 1 jam gak la tunggu.. Orang tak ramai tapi aku tau cara doktor dan scan dibuat. Memang teliti. Tu pasal lama dan aku tak kisah pon..

Qhaliff dan Zahra , tak sarapan pagi lagi. Hari dah nak masuk tengahari. Diorang pon dah mula belasah biskut kat situ.. Huhuh.. Terus aku bawak gi makan dulu.. sian..

image

Sedap gak burger ni. Aku tak perasan lak diorang dah tukar nama kat situ. Yang aku perasan , burger dia menarik usus aku ni ha ! Huhuhuh.. Makan dulu..

Dan baru nak makan , nurse call ! Tanya aku nak join tengok tak ? Adehh.. Lapar kot ? Budak budak pon dah start makan.. Aku jawab tak pe la… Teruskan jer..

Lepas makan , gi klinik tu semula. Wife dah settle. Buat pembayaran dan keluar..

“ Camana ? “. Tanya aku.

“ Masih rendah. Tapi ada naik skit jer.. Tak leh stress. Elakkan dari berlaku pendarahan. Dapat MC lagi seminggu. Doktor kata dah kena ready dah untuk beranak. Baby dah 2.2kg “. Jawab wife.

Adeh.. Ikut protokol 40 minggu kan ? Tapi ada orang dah beranak pon 32 minggu ni.  Maka , kena bersedia ! Dan apakah aku dah bersedia ?

Hurmm… Kalau beranak , aku kena cuti blogging.. sebulan dua ? Huhuh..

You May Also Like

4 comments

  1. wahh.. tahniah.. dpt baby lagi.. tak sabar nak tahu baby boy ke girl.. tp biasanya orang bila dah dapat sepasang ni, dah tak kisah baby apapun kan... semoga wife selamat melahirkan dan sihat keduanya. semoga segala urusan dipermudahkan.. aamiin...

    BalasPadam
  2. insyaallah rezeki baby ada di mana2 ya ben. keep on menulis blog walaupon xdpt cover event.insyaallah akan ada income nya.syafakallah. to yur wife, be strong dan semoga proses kelahiran berjalan lancar nanti

    BalasPadam
  3. rehat byk2 kak zila..semoga semuanya selamat. Aminnn

    BalasPadam
  4. Seronoknya nak dapat lagi seorang anak..Hopefully berat baby naik 2.5kg sebelum dilahirkan. Doa semoga ibu dan anak selamat. Amin.

    BalasPadam