Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 5 Julai 2016

Berhari raya bersama CROCODILE !

 

Lagi beberapa hari , Aidilfitri akan menjelma. Umat Islam di Malaysia terutamanya akan lebih sibuk mencari barang barang keperluan untuk kelihatan bergaya dan segak di hari raya itu nanti… termasuk aku ! Heeee..

Maka…. kat sini aku nak kongsikan pengalaman aku bersama CROCODILE… Satu jenama yang cukup gah di negara kita ni sejak tahun 1947 lagi  ! Buat pengetahuan korang , CROCODILE bermula di Singapura kemudian berkembang ke Malaysia seterunya Brunei , Thailand dan Indonesia. Sekarang sudah memasuki pasaran di negara negara Asia yang lain..

Bapak aku cukup suka dengan jenama ni.. Macam pakai BMW katanya. Selesa dan segak ! Kemas hasil buatannya.. Antaranya…

Beg travel : Ringan , mudah digerakkan dan boleh berputar segala sudut tanpa ada masalah ! Ruangan dalam yang luas dan punya ciri-ciri keselamatan yang baik. Warna yang menarik serta reka bentuk yang menawan.. Kiranya , nak balik kampung nanti naik kapal terbang atau bas , cofirm nampak segak la dengan beg ni.. heee.. Maklumat lanjut mengenai beg ni boleh ke http://bit.ly/ciluggage

Kasut : Walaupun nampak formal tapi jika digayakan dengan betul , pastinya si pemakai akan kelihatan kacak dan gah ! Kasut tu sendiri dah nampak cam gempak dengan rekabentuknya ditambah lagi dengan keempukan cushion di dalamnya membuatkan si pemakai rasa cukup selesa bila bergerak. Maklumat lanjut mengenai kasut , sila ke http://bit.ly/cishoes

image_thumb19

image_thumb44

image_thumb25

image_thumb30

Jam Tangan : Dua masa ! Waktu tempatan dan waktu antarabangsa ! Ini yang selalu jadi masalah bila travel ke luar negara. Tapi kalau guna jam tangan dua masa seperti di dalam gambar di bawah ni , masalah aku dan korang akan selesai ! Heehehehe..

Selain rekabentuk yang sangat elegan , penggunaan kulit pada tali jam tu memang membuatkan aku nampak begitu macho ! Smart kan ? Haaa..

Maklumat lanjut mengenai jam , sila ke http://bit.ly/citimepiece

image_thumb32

image_thumb34

image_thumb45

Pakaian formal : Bila ada open house di pejabat pejabat terutamanya pejabat kerajaan , takkan nak pakai macam nak masuk gym kan ? Kena la kemas ala ala profesional gituuu ! Dulu , memang aku akan beli baju dan seluar kerja jenama CROCODILE ni. Selesa dan kemas . Ada macam-macam lagi warna dan design.

Boleh ke http://bit.ly/ciapparel jika nak cuci mata lagi.. hehehe..

image_thumb47

image_thumb43

image_thumb48

Amacam ? Korang nak kelihatan camana nanti ? Hehehe.. Segalanya ada di CROCODILE ! Pastinya , raya kali ni akan lebih terselah bila bergaya dengan CROCODILE..

Selamat bershopping !

12 komen :

Bella Idura berkata... [Reply to comment]

Perrghhh!!! Berkenan betul dengan jam tu. Cantik betul.

Yulia Fajrin berkata... [Reply to comment]

Brand ni memang best!belikan ayah satu kemeja 8tahun lepas pun still okay lagi. Now adik plak pakai ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lyssa Faizureen berkata... [Reply to comment]

Jatuh cintaa dengan jam tuuuu ... Kalau ada duit lebih nak beli kat abah :)

Ishak Ismail berkata... [Reply to comment]

Crocodile... Jenama otai ni. Dulu kalau pakai brand ni memang poyo habis la. Sekarang dah ada macam range product bawah jenama crocodile rupanya...

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

Pergh..sakan beraya๐Ÿ˜Š

Allene typicalmommy berkata... [Reply to comment]

Wow.. Buat hantaran bagus ni. Nnt suggest kt adik

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

smart betul kasut dan jam crocodile ni!

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Suka brand crocodile ...!! Tahan lasak

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Dr dulu kalau cari kemeja utk ayah, mesti cari Crocodile. Kualiti bagus n size, cutting baju ngam ngam ngan ayah

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Smart sgt ben...lagi satu handbeg julia di opis pun brand crocodile beli di sogo mmg brand ni superb tahan lasak wpun tali hbeg tu halus je...ehhh mmg segak lah outfit dari brand ni...nak hadiah kt asben sbb dia dpt pangkat baru yeyyy TQ ben review

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

wow sangat bergaya

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

sukanya tengok kasut dan jam tu... kalaulah....

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI