Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 18 Julai 2016

Lemang Periuk Kera

 

Secara jujurnya , kalau tak kerana Upin Ipin.. aku tak tau pun wujud lemang periuk kera ni . Ni semua salah Tok Dalang ! Mereka yang tonton episod tu mesti teringin nak rasa punya.. huhuh..

Dan ada yang tak kenal periuk kera ni.. hehehe..

image

Bahan-bahan nak buat lemang periuk kera ni ? Hehehhee.. Google jee laa ! Confirm jumpaa .. Dari blog KongsiResepi.Com.

“ Bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak , sila sediakan banyak-banyak). Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera).
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.

Cara Membuatnya :
Masukkan pulut ke dalam periuk kera.Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. Kukus sampai masak. SUDAH SIAP.... Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya.... “

image

Dan wife kirim kat jiran jer.. Katanya sekali dengan rendang daging , RM55. Katanya mahal.. bagi aku , ok dah la tu. Mana ada murah dah barang sekarang ni.. hehehe. Dia bayar .. Cer aku bayar ? Mesti la mahal ! Hahahaha..

Ok ok.. rasanya ? Zahra mengilainya ! Non stop makan dia.. Aku pun sama ! Huhuh.. Terpaksa senamam tengah malam.. kasi bakar kalori yang terhasil dari Lemang Periuk Kera ni. Oh ya , rasanya tak selemak rasa lemang buluh tu yer.. Tapi bagi aku , sedap dari lemang buluh tu haa.. hehehe.

7 komen :

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

uish..tertanya-tanya juga, apa rasanya lemang periuk kera ni. lepas tu tertanya-tanya juga, kat mana nak cari periuk kera..hehehe

www.ceritaejoy.com

..in the swim.. berkata... [Reply to comment]

Something special

nadhie wueen berkata... [Reply to comment]

penah rasa. ada dak opis bawak. okayla dap gak

Ana Fatihah berkata... [Reply to comment]

Eh, ada eh lemang macamni. First time dengar. Takutlaa nak rasa. Haha

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Teringin nak cuba...ada kawan PC cakap sedap mkn dengan kari daging...suami dia ckp kurang sedap sebab suaminya kena bayar...ckp tak sedap supaya isterinya tak order lagi..kikikiki..

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

tak pernah makan...nampak macam sedap

antalya berkata... [Reply to comment]

lemang periuk kera famous kat area sg.udang ngan masjid tanah melaka. tiap kali nak raya ada yg jual periuk kera ni lebih kurang rm20 utk 100biji kelongsong. tp sbb susah nk dpt, kena la order awal2 ngan org tu. dan ikut nasiblah kalo dpt yg bocor xleh dibuat lemangnya.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI