Maaf , telefon pintar aku.. tiada ‘game’ !

 

Kesemua handphone aku termasuk tablet.. takda game ! Sejak dulu lagi.. Kenapa ? Yang paling utama , makan bateri. Kedua makan kredit dan ketiga.. melalaikan aku ! Tapi yang pasti , sejak wujudnya komputer di rumah aku.. ketika bujang , game memang bukan kegemaran aku. Walaupun aku ada beli beberapa jenis permainan termasuk joystik yang gempak , entah kenapa.. tak boleh masuk dengan jiwa aku. Terasa membazir masa sangat sangat jer.

Dan yang pastinya , kewujudan game adalah untuk ‘membeli masa’ kita yang sangat mahal itu ! Masa yang Allah kurniakan pada kita, kita gagal manfaatkan dengan begitu baik. Dibazirkan begitu saja dengan layan game. Dah la masa tergadai dengan layan Facebook , ni ditambah dengan game lak ! Adeh.. Kalau ada anak , confirm terabai.. Er , aku la.. Korang aku tak tau laa..

Terbaru.. Pokemon Go.. Adehh.. Dalam Berita Harian ada melaporkan..

image

Mungkin ada yang pandang sinis.. Tapi bagi aku , sebelum anak anak aku jadi ‘hantu game’ , sebaiknya aku sekat dari sekarang. Ni Qhaliff dan Zahra dah dua hari tak usik tablet. Aku amik simpan. Dan ada handphone aku , diberi pinjam pada rakan rakan yang lebih memerlukan.

Dah banyak kes buruk melibatkan ‘game’ ni. Mungkin ada yang merujuk , main game mampu jadi jutawan.. baik korang rujuk , jadi blogger pon mampu jadi jutawan malah beri manfaat lagi pada insan lain !

Fikir fikirkanlah.. Masa kita ini , terlalu mahal untuk dibazirkan dengan layan game ! Andai ditarik balik MASA kita ni , apa lagi kenikmatan yang kita ada ?

2 ulasan:

  1. Samu mungkin dah berusia. That y saya pun tak install game dalam hand phone atau tablet. malah dalam komputer pu saya tak install game. Pertama - melalaikan. Kedua, tak ada keuntungan dari segi wang.

    BalasPadam
  2. beruntung ler bukan kaki game,
    mmg betul melalaikan...
    tp jgn lupa main game pun dah boleh jana pendapatan skang,
    hehehe.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009