Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 Julai 2016

Perlu ke aku simpan duit untuk masuk ke rumah orang tua ?

 

Hari ni baru berpeluang gi lawat ayah aku. Selepas wife diberi cuti rehat selama seminggu bermula hari Khamis lepas , aku memang tak dapat gi rumah mak aku sebab kena jaga wife di rumah serta uruskan hal rumahtangga.. macam macam kena settlekan !

image

Di rumah mak tadi.. mak bercerita mengenai ayah aku. Hurm.. aku mampu mendiamkan diri. Mengeluh. Sesekali ayah keluar duduk depan tv. Main dengan Zahra..

Mendengar cerita mak , aku terfikir.. Apalah nasib aku nanti bila dah tua ? Ayah aku untung ada adik perempuan yang duduk sekali di rumah tu. Boleh tengokkan diorang berdua. Sesekali abang aku pergi jenguk.. begitu juga adik lelaki dan juga aku.

Hurm.. aku nanti camana ? Bolehkah aku harapkan pada Qhaliff dan juga Zahra ? 3 atau 4 orang anak.. sapa yang akan jaga si tua ni nanti ?

image

Orang dulu dulu , ramai anak.. Dalam ramai ramai , mesti ada sorang dua yang ‘boleh pakai’ .. Kalau semua ‘boleh pakai’ maka beruntunglah orang tuanya..

Teringat satu lawatan yang pernah aku sertai bersama Lembaga Zakat Selangor ke rumah orang tua di Selangor. Sayu aku di sana. Di mana anak anak mereka ? Sanggup mereka biarkan ayah mereka di sini ? Sekarang aku faham dah.. Kenapa ? Ada orang tua memang ‘dibuang’ ke sana.. Ada yang sukarela nak pergi ke sana memandangkan tak nak menganggu urusan kehidupan anak anak mereka yang sibuk menjaga kebajikan keluarganya sendiri.. Apa jua alasan , aku terfikir.. aku nanti camana ?

Anak anak yang kecilnya , cukup manja dan senantiasa meminta dibelai..dilindungi.. apakah besarnya nanti mampu membuat seperti ayah serta ibunya buat padanya satu tika dulu ?

image image

Atau aku sudah perlu sediakan wasiat.. andai aku sudah tidak berupaya , sila letakkan aku di rumah orang tua.. aku tak nak susahkan anak cucu aku ! Aku dah ada simpanan dan simpanan itu tolong gunakan untuk bayar pembiayaian aku di rumah tersebut dan juga wang untuk pengkebumian aku nanti..

Hurm..

2 komen :

redzbutterfly berkata... [Reply to comment]

Mata masuk habuk..hati terasa bagai direntap.. Insyaallah dengan kasih sayang dan pegorbanan yg telah aben ikhlaskan pasti anugerah @ harta DUNIA Dan akhirat ini tahu menghargai dan membalas budi kelak..Insyaallah
Didikan dan perhatiaan saat dari kecik pasti membuahkan hasil..aben dan akak zila mmg pandai mendidik x perlu risau ye aben.

..in the swim.. berkata... [Reply to comment]

Jika anda sudah mula mengumpul dana khas untuk hari tua anda tidak perlu risau. Financial independence di hari tua akan dapat membeli segala comfort yang diperlukan. Tak perlu menagih dari sesiapa. Dan orang tua kaya jarang di tinggalkan!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI