Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 27 Julai 2016

Salah siapa bila anak main gadget ?

 

Daddy.. nak handphone.. “ . Qhaliff minta secara baik dari aku. Ketika tu , di restoran.. nak makan malam ! Aku ‘terpaksa’ layan phone sebab ada urusan nak diselesaikan dan itulah kesilapan utama para ibu bapa !

Kalau nak anak anak bebas gadget , si ibu bapa juga perlu tunjukkan yang mereka tak ‘pentingkan’ gadget ni ! Kalau diorang sendiri sibuk dengan gadget terutama phone ni di depan anak anak.. anak anak ni nak buat apa ? Bermain berlari lari dalam restoran ?? Atau duduk termenung menanti makanan tiba ?

image

Aku tak kasi dan Qhaliff meraung dalam restoran tu. Hurmm.. Camana nak selesaikan isu ni ? Off data dan kasi. Dia tak main game sebaliknya main kamera lak ! Ternyata dia boring ! Kemudian Zahra datang dan nak juga phone ! Hurmm.. sudah ! Dan aku bernasib baik minuman tiba dan Qhaliff serahkan phone.

Kesilapan utama ialah.. bila bersama anak anak , simpan semua gadget ! Atau kalau nak guna gak , guna sama sama ! Bagi masa dalam sejam untuk diorang main gadget jugak.. Bukan apa , aku tengok Qhaliff belajar cakap omputeh melalui Youtube. Dalam tempoh percubaan ari tu , tiada perkataan baru yang dia belajar. Berbanding sebelum ni, ada jer perkataan baru yang dia ucapkan.

Yer.. dia akan ke taska. Dah tiba masa dia. Persoalannya , di mana ? Arghhhhh.. Memikirkan kos yuran permulaan tu.. aku dah macam hantar dia ke kolej swast dan amik akaun ! Huhhh !

Malam ni.. aku kasi diorang main sekejap.. sekejap jer ! Yang penting , pasni aku kena disiplin gak ! Tiada phone depan anak anak ketika nak makan ..

3 komen :

Nur Yusuf berkata... [Reply to comment]

cakap omputih tgk youtube tu.. kalau lagu memang betul jugak. sebab anak yg umur 2 tahun tu boleh cari mama dia.. where are you? bila asyik dengar lagu family fingers tu.. tapi memang banyak baik buruk gadget ni kan? memang kena hadkan masa dia main gadget.. ada org tak bagi langsung.. tapi kite bagi jugak. bagi tak lama. dan bukan selalu.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Betul tu...masa makan kita sendiri simpan gadget...mcm juju suka amik gambar...so lepas amik..terus simpan dlm hbeg hp...so fokus tgk makanan...kdg2 time tu lah minta kucing biar dtg kt meja...sebab kt situ boleh buat anak rasa hilang bosan...seram tgk zmn sekarang...budak kecik2 suka layan video lama2...takut mata dia kan...

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Ada pro dan kontranya..kalau berbatas in sya Allah ok..tapi kalau tanpa pengawasan atau pengawalan takut lain jadinya..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI