Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 23 April 2017

'Giler Pro' Wan Izhar Abu Bakar !

Akhirnya , aku dapat jugak 'tarik' dia menjadi jurugambar untuk projek Raya 2017 ni.. Bukan mudah nak dapatkan jurugambar yang punya pengalaman selama 20 tahun ! Apatah lagi dia sering menjadi jurugambar untuk projek projek artis dan pernah menang anugerah AIM untuk kategori Kulit Album Terbaik... album Stacy ! Bangga weh !
Event di Muzium Warisan Melayu UPM menjadi saksi kerjasama kali ni. Memang terbaik sungguh la tempat ni ! Hujan tak menghalang dari sejarah ini berlaku. Alhamdulillah.. rezeki di sebelah kami. Hujan tak lama pastu mentari muncul. Cuma padang agak becak namun blogger dan Wan Izhar Abu Bakar serta krunya tak patah semangat. Masing masing mencari sudut terbaik untuk bergambar ! 
Secara jujurnya aku agak terkilan tak dapat bergambar secara individu dengannya semalam sebab memberi laluan pada 'anak-anak buah'  terlebih dahulu. Sehingga jam 2 petang , masih ada yang menanti giliran. Aku terpaksa pulang sebab mertua ada di rumah dan ditambah lagi dengan keadaan Aariz yang tak sihat. 
Tapi sepanjang aku di sana aku dapat lihat betapa profesionalnnya dia bekerja berdepan dengan hampir 40 blogger yang datang ! Hahahaha.. Satu pencapaian terbaik aku mengumpul blogger untuk satu event dan mereka tak perlu keluar sesen pun hari ni.. Makan segalanya ditanggung... Makeup , pakaian pun ada yang ditaja ! 


Jutaan terima kasih buat Wan Izhar dan  ODS Studio  kerana sudi meluangkan masa untuk #KBBA9. InshaAllah , kami ada satu lagi projek bersama selepas raya. Buat pengetahuan , jika mereka ingin menggunakan khidmat Wan Izhar Abu Bakar dan ODS Studio Communications untuk phoshoot koperat dan sebagainya ( kawin takda yer ) ,  boleh hubungi Puan Huda di 012 303 1005.
Pasni aku nak bergambar profile di studio ODS  lak.. hehehe.. dah beberapa kali batal sebab sebab tertentu..

Terbaik ! 

21 komen :

Que Achmad berkata... [Reply to comment]

betul tu bea, mmg respek kat Abg Wan Izhar & team. Profesional & kreatif

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Mmg pro. Tak sabar tggu hasil eheheh

athirah hassin berkata... [Reply to comment]

Memang pro.. yg x biasa jd model ni pun dia pandai handle.. hehehe

Mieza S berkata... [Reply to comment]

Respect dgn beliau. Bukan senang kot nak bekerjasama dgn 'talent' yang melebihi,10orang. Tapi xde pun nampak kalang kabut ke ape. Cool,je buat kerja. Memang terbaik. Tak sabar jgk nak tggu hasilnya. Hahahhahaa. Walaulun malu nak diamek gambar, tp bila jadi org last, lega sikit. Xde malu sgt. Huhu

shazillahsani.com berkata... [Reply to comment]

Tidak dinafikan..setelah merasai sendiri pengalaman shoot dengan beliau, wan azhar and team memang sangat pro...well done bang wan azhar and team..tidak sabar tengok hasil dari beliau and team...hihihi

qaseh dalia berkata... [Reply to comment]

Tq aben ... Terbaik photog , trharu dpt jd model utk kbba ..

Rozita Cerita Ita berkata... [Reply to comment]

saya pun antara yang tak sempat gambar.. tak sampai hati bila photographer mintak nak makan dulu.. kami pun ada hal lain..jadi takde la peluang

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Seronok bergambar dgn photographer mcm Wan Izhar. Semalam sempat lihat beberapa gambar. Nampak Style dan menarik. Kudos tu Wan Izhar and the team.

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Mmg pro cara Wan Izhar & team bekerja, sabar je layan kerenah punya lah ramai blogger tu bukannya mudah.

Yanty Lee berkata... [Reply to comment]

Sgt professional. Tak sabar tunggu hasilnya nanti

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Memang terbaik dan pro. Suka tengok cara kerja diorg sgt lancar dan tak sabar tgu hasil gambarnya..

SK Meals berkata... [Reply to comment]

Betul tu...suka cara dia bekerja..tak pandai posing, dia ajar cara pose yang sesuai...tak sabar tunggu gambar siap.. tq Aben bagi peluang kat kami 😊 semoga makin melimpah ruah rezeki Aben..moga Aariz cepat sihat

Lan Careno berkata... [Reply to comment]

Yeaa... Aku sempat jer dpt personal shoot dari wan Izhar... Sempoi dan profesional... Pengalaman yg bermakna...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

very professionl photographer!

mas saari berkata... [Reply to comment]

Memang terbaik Wan Izhar dan krew. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

terbaikkk..:)

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Wan Izhar sangat profesional, senang bekerjasama dengan orang pro... The best photoshoot ever!!

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Wan izhar sangat profesional. Senang bekerja dengan orang pro, the best photoshoot ever...

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Memang tabik spring pada photographer... Dgn keadaan yg becak, photoshoot berjalan dengan jayanya.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Memang beliau jurugambar terbaik! Sabar dan profesional bila bekerja.

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Tak sabar nak tengok hasilnya..nak juga berphotog dekat studio.untuk profile

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI