Rabu, 10 Mei 2017

'Fidget Spinner' permainan pondan ?

Ketika aku kanak kanak dulu yakni 30 tahun lepas.. Fuh , giler laaa... 30 tahun !! Haaa..Kalau arwah ayah aku yang cerita mengenai '30 tahun lepas' , mesti pasal Inggeris dan juga zaman Tunku Abdul Rahman.. Yer , arwah ayah aku kuat berpolitik waktu tu.. dia kat Sabah masa dia awal awal berkahwin dengan mak aku.. 
Tapi aku punya cerita '30 tahun lepas' ialah permainan yang aku bermain ketika tu.. Aku pasti ramai yang bermain permainan seperti aku bermain ketika tu seperti galah panjang , guli , gasing , konda kondi , rondas , tutup oren , selipar dan macam macam lagi.. 'spider' tau ? Hahahahaa..
Sayangnya permainan tu agak payah dah nak dijumpai sekarang. Kenapa ?? Banyak faktor sebenarnya. Kawasan lapang pon dah kurang sekarang ni. Asal ada kawasan lapang je , terus naik rumah ! Huhhhh.. Sian budak budak sekarang..  
Antara faktor lain ialah keselamatan... Hurmm.. Kes culik budak budak , menakutkan ramai ibu bapa ! Walaupun terpencil tapi masing masing risau akan keselamatan anak mereka dan nak anak mereka berada di depan mata mereka ketika bermain.. dan antara sebab itulah ada yang sanggup bagi  gajet pada anak kecil mereka.. Hurmm.. 
Dan sekarang , sedang trending permainan yang berasal dari luar negara.. Fidget Spinner ! 
Apa sebenarnya Fidget Spinner ni ??? Apakah tujuan permainan ni ? Pondan main la permainan ni  , ada yang kata gitu ! Atau ada yang kata . baik pegang tasbih dari main menda ni ! Amboiii.. main sedap je kata gitu kan! Cer google skit pasal Fidget Spinner ni ! Ok , jumpa.. ada sebuah blog di Indonesia dah ulas pasal ni .. 
Dari blog health.detik.com
Dengan bentuk yang kecil dan mudah digenggam, mainan bernama fidget spinner memiliki struktur di mana pengguna dapat memutar-mutarnya. Momentum yang dihasilkan oleh mainan ini disebut memberikan kepuasan sensoris sehingga dipasarkan untuk mereka dengan autisme, gangguan kecemasan, dan Attention Deficit Hyperactive Disorders (ADHD).  " -  health.detik.com

Aku sendiri layan dalam kereta bila tersangkut dalam jammed ! Dan ramai lagi orang dewasa layan menda ni.. Bukan budak sekolah je yer.. Maka , jangan hinalah kami ini... Baik layan Fidget Spinner ni di kala kebosanan  dari layan rokok atau layan handphone, kan ? 
Menariknya kan... Ada macam macam jenis Fidget Spinner ni ! Memang leh giler la tengok diorang punya kreativiti buat Fidget Spinner ni.. Bagi yang buat koleksi , pasti akan sanggup berhabiskan duit.  Walaupun trend ini akan hilang , tapi yang pasti ... ianya akan meninggalkan kesan positif buat anak anak kita dan menjadi kenangan satu hari nanti.. bila mereka bermain bersama ayah mereka.. kan kan ?  Dan pernah ada kawan cakap.. bola sepak adalah permainan pondan ! Kalau jantan , main ragbi laa ! 
Nasihat : Jangan la sesuka hati nak keji orang. Bukan pon mereka kacau sapa sapa pon.. 

7 ulasan:

  1. Saya pun sempat merasa main galah panjang, konda kondi, penutup botol, baling selipar. Skrg tak jumpa dah budak2 main semua ni.

    Pondan ke main spinner tu. Mcm2 lah Netizen skrg ni. Yang buruk je mereka nampak.

    BalasPadam
  2. Syok wooo main konda kondi, kdg balik kampung selalu ajak adik beradik main. Bagus gak mainan spinner ni, takdelah anak² leka ngan gajet kan?

    BalasPadam
  3. i am ratu rondes,bagi geng semua nak geng ngan saya hehehheh tapi sekarang wahahahha...rindunya zaman2 tu...ok apa spinner ni boleh rangsang saraf motor kanak-kanak katanya.

    BalasPadam
  4. tapi ingat lagi permainan dulu best2...

    BalasPadam
  5. Tengah berkfikir nak beli ke tak untuk anak dan diri sendiri. Si anak dah menggelitik mintak belikan..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.