Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan FireFly ! - BEN ASHAARI

Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan FireFly !

Teringat lagi mak mertua aku kisah. Katanya nak naik kapal terbang turun di Klia atau Klia 2 memenatkan orang tua. Jauh nak kena jalan. Walaupun ada 'kereta kecil' untuk mereka tapi kalau boleh mereka nak turun turun je dari kapal terbang , sampai dah depan pintu ! Hahaha.. Aku cakap gini pun sebab aku bakal tua gak ! Maka nak mudah segalanya. Lutut bergetar dah. 

Ketika trip ZV Beauty Collection Travelog lepas , aku dan team KBBA9 ke Pulau Pinang dengan FireFly, Satu pengalaman baru bagi aku menggunakan Lapangan Terbang Subang.  Kecil tapi bagi aku dah cukup best sebab senang. Tak banyak berjalan untuk sampai ke ruangan menunggu. 

Begitu juga ketika pulang dari Pulau Pinang. Dengan FireFly ni mudah sangat. Masa daftar masuk pun , mudah jer. Senyum je staff FireFly. Badan yang kepenatan pun dah jadi ringan semula. Huhu.. Dan tengok jam , ada masa sedikit untuk berehat sebelum masuk ke kapal. Layan dulu teh boba Tea Live. Sesekali layan, apasalahnya.. Aku memang minat sebelum viral lagi menda alah tu !




Hidangan ringan disediakan.  Boleh la buat lapis perut sementara nak sampai rumah. Dan perjalanan yang memakan masa sejam tu, aku habiskan dengan layan movie yang aku download di Netflix. Tak sempat abis , dah pun sampai ke KL. Sekejap sangat ! Kalau naik kereta , hehehe.. dengan kepenatan badan ni aku rasa mau makan masa 8 jam gak ! Aku memang kerap berhenti sebab mudah mengantuk terutama bila memandu malam. 

Nasib ada FireFly. Mudah sangat sekarang. Murah pulak tu. 



Alhamdulillah.. ikut jadual tiba di Subang , KL. Tunggu beg pun tak lama. Terus keluar dan amik Grab ke KL Sentral. Dalam kepala, sampai rumah nak update blog. Tak sabar nak cerita pengalaman singkat di Penang dengan menggunakan FireFly.


Dan anak dara team aku. masih kelihatan cun dengan mekap ZV Beauty Collection. Tak sabar nak cerita mengenai wife aku lak. Dia kata ZV Beauty ni sedap pakai. Ringan muka. Yeke ???? Kalau aku pakai , ok tak ? Bila nak berphotoshoot je la.. heee..




Terima kasih FireFly dan ZV Beauty Collection ! Satu kenangan manis buat aku dan rakan rakan blogger walaupun kembara kami singkat dan disulami jerebu ! Hehehee...



13 ulasan:

  1. Allhamdulillah... dah lama tak naik firefly

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi naik firefly dari subang. nanti nak try lah. berkenan jgak dengan produl ZV beauty tu... nnt nk pau encik suami lah suh belikan..hihi

    BalasPadam
  3. Tak pernah naik kapal terbag seumur hidup. Tengok dalam kapal terbang firefly ni ada kartun2 mungkin boleh kurangkan first timer yg nak naik flight. Hihi

    BalasPadam
  4. kalau jimat masa naik je firefly ke penang kan... mentua sy pun selalu naik firefly kalau dr kl turun as. sebab x jauh nak jalan katanya.

    BalasPadam
  5. Wah kalau swnang.mcmni kalau nak cepat.blh.try firefly

    BalasPadam
  6. Uniknya karikatur luar dalam firefly, ni kalau anak tgk mau dia cakap kapal terbang toys dlm bentuk impian jadi kenyataan...arghhhhh mcm kena pi jalan2 lg tahun depan...pi dekat2 Malaysia plak. Best ni!

    BalasPadam
  7. suka jugak naik firefly...dulu2 selalu la naik, sekarang da jarang2...harga tiket dia agak mahal juga...

    BalasPadam
  8. Next time balik Penang nak try naik Firefly plak lah.

    BalasPadam
  9. Pernah sekali naik Firefly ni, oklah selesa!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.