Gila gempak bingkai Savile Row. Hand made ok !! - BEN ASHAARI

Gila gempak bingkai Savile Row. Hand made ok !!

Ketika aku dimaklumkan oleh Mr. Jun yang Eyes Vision Group dah ada stok bingkai Savile Row , aku cam.. tak kisah pun ! Yelah , aku cuma minat bingkai bingkai sporty cam Oakley , RayBan dan sewaktu dengannya. 

Baru-baru ni , kawan aku whatsapp aku. Bagitau aku yang dia nak buat spek kat Eyes Vision Group. Nak mintak diskaun la kalau boleh. Sebab bukan nak beli satu jer.. Dua ! Untuk anak dan wife dia. Kalau dapat harga kawan kawan , syok ar ! Hahahah.. 

Aku suruh je dia ke sana terus. Ke Sungai Wang di Bukit Bintang. Port kitorang 'main' masa remaja dulu.. Heeee.. Dan di sana, terus jumpa Mr. Jun. Nanti dia tau apa dia nak buat dan rekemen spek mana yang sesuai ! 

Dan kawan aku tu mesej aku... dia amik Savile Row untuk anak dia dan Guess untuk wife dia ! Amboiii.. Borong terus ! Hahaha. Dia mesej aku , katanya Savile Row tu gempak giler. Harga dia bagi pun diluar jangkaan dia. Bila dia google , harga spek anak dia tu saja dah cecah RM2K !!


Yup... Savile Row ni untuk selebriti di luar negara. Antara yang pakai ialah Steve Job , Johnny Deep, si Harry Porter , Sean Connery , Harrison Ford (Indiana Jones) John Lennon dan ramai lagi ! Perlu korang tahu yang bingkai ini adalah buatan tangan dan dibuat di England ! Maka ianya terhad di Malaysia. Kena order baru sampai !

Kalau korang bermuka panjang , serius sangat sesuai bingkai ni ! 









Kalau nak tengok bingkai bingkai yang ada di Eyes Vision Group , korang boleh follow Instagram  dan Facebok Eyes Vision Group ! Nak beli , bagitau aku.. aku kasi korang code diskaun baik punya ! Cari aku di Facebook tau.. Ben Ashaari ! Heee..

Instagram : Eyes Vision Group 

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.