ISRAEL buat lawak pulak ??

by - Rabu, Jun 30, 2010

Biasanya ada jee muslihat negara Yahudi ni .. Kali ni dia saja nak bangkitkan pulak simpati dunia terhadap negara dia dengan sengaja memperbesarkan isu , erk... ciput nih.. haha.. lawak tul laaa..

gambar kartun ISRAEL NAZI

Israel bantah akhbar Mesir siar kartun gambarkannya Nazi


KAHERAH 29 Jun - Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.

Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.

Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.

Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.

seterusnya >> UTUSAN

BA : Dalam bijak ada gak ngeng dia yer..

You May Also Like

1 comments