Apakah saya akan ke neraka kerana tidak menutup aurat ???

by - Rabu, September 14, 2011

image"Kenapa kau sibuk sangat dengan rambut aku nih ??? Kau jeleskah ?? "

" Takde la.. dah kau tu kawan aku.. Dan kau berada di depan aku. Maka aku nak bagitau je la.. Tak tegur , aku dapat dosa.. Kira lepaslah tanggungjawab aku kan ?

" Eleh... kira aku masuk neraka la kalau tak menutup aurat ni ?? "

"Hiskhhh.. aku tak kata gitu pun.. Cuma perintah Allah wajib dilaksanakan.. Tak buat , berdosa hukumnya.. Tu saja.. Bab syurga neraka tu , milik Allah.. Cuma ada perjanjian dosa dan pahala.. Setiap perbuatan ada balasannya .. "

"Abis tu , yang tutup aurat tu .. ingat baik sangat ke ??? Pakai ketat ketat.. pastu g dating pegang tangan.. Haaa.. Camana tuu ??? "

" Tu pon berdosa gak.. Masih tidak mengikut perintah Allah.. Kenapa nak pandang mereka yang begitu ? Kenapa tak pandang mereka yang benar-benar ikut perintah Allah ? "

" Abis tu .. kau tu baik sangat kee ??? "

" Kalau aku buat sesuatu yang kau rasa aku melanggar perintah Allah , maka tegurlah aku.. Kau dan aku ,sama saja... Kita kan kawan .. Kalau bukan kawan tegur kawan , kita nak tunggu sapa lagi untuk menegur ? Bukankah kawan itu tugasnya menjaga kawannya ? Bukan sekadar bergelak ketawa saja .. kan kan ?

" Hurm... "

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. "
- Surah al-Nur : 31

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)

You May Also Like

12 comments

  1. terimaa kasih diatas peringatan..yelaa kdg -kdg manusia ni terlalai.masuk neraka or tak itu urusan DIA tapi kita kena beringatla kn :)

    BalasPadam
  2. Betul3 IEQAH! "Berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN” [Al-asr]

    *saling ingat mengingati sesama kita, manusia tidak sempurna, kadang berada diatas, kadang dibawah, bila berada dibawah, peranan kawan2 lah sama2 bantu bila lalai @pun leka* Kan abang ben?Hehe =)

    BalasPadam
  3. Walaupun “KUBUR LAIN², DOSA LAIN², SIKSA NERAKA LAIN²" INGATLAH... yg memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"; yg sembahyangkan jenazah kamu "ORANG LAIN"; yg m'kafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"; yg mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"; yg membacakan yaasiin di pusara kamu "ORANG LAIN"; yg b'sedih di atas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"; jadi jgn menyusahkan "YANG LAIN" dgn perangai kamu yg "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"

    BalasPadam
  4. Dakwah itu tuntutan. Bila kita mengucap sahaja kalimah syahadah, maka jatuh tanggungjawab kita untuk berdakwah.

    BalasPadam
  5. =]
    kwn yg baek..adalh kwn yg mampu menegur kita supaya bersama-sama ke arah-Nya kan

    BalasPadam
  6. zaman sekarang ni manusia semakin berani dan angkuh dengan perintah Tuhan. boleh pertikai masuk neraka atau tidak. Zaman kecik2 dulu mak kata neraka pun dah takut. Dah besar boleh main main pulak.

    BalasPadam
  7. Salam Very good entri for all. Tahniah Ben.

    Pemerhatian saya bila Ben postkan entri2 sebegini bilangan "peminat" Blog Ben Ashaari kurang memberi komen (harapan saya lebih ramai yg mengikutinya) BERBANDING dengan entri yg sensasi ie: kisah pasal atris ber..... sikit punye banyak ulasan.

    KENAPE EEK.....

    Fikir2kan.

    BalasPadam
  8. dosa pahala hak milik Allah SWT..
    tapi kita sebagai umatnya kena berusaha perbaiki diri, kurangkan dosa dan tambahkan pahala!

    neraka atau syurga hanya Allah yang berhak tentukan..

    BalasPadam
  9. BA, gud entry tapi kan bukan senang nak tegur kawan dlm soal mcm ni.

    BalasPadam
  10. Hati belum terbuka utuk memakai tudung...InsyaALLAH suatu hari t sy akan tudung dgn hati yg ikhlas tanpa dipaksa oleh sesiapa pun..(O_O)

    BalasPadam