Hina sangat ke suami jaga anak ?

by - Rabu, Ogos 19, 2015

 

Tak keje ? Duduk rumah dan jaga anak ? Sapa nak pikul tanggungjawab tu ? Rata rata akan serah pada pengasuh ! Kalau berkemampuan , masing masing nak duduk rumah dan jaga anak.. Tiap bulan , gaji masuk automatik .. kan ?

Hurm.. Sewaktu berbincang dengan wife ketika mengandungkan Qhaliff , aku amik keputusan untuk pikul tanggungjawab tu . Aku tak percaya pada pengasuh. Maaf.. terpaksa ! Banyak sangat kes melibatkan pengasuh dan mereka tak boleh dipersalahkan jika berlaku apa apa kemalangan atau kecuaian. Salah sendiri kerana memili pengasuh tak berlesen atau berdaftar. Nak hantar pada yang berlesen , bukannya murah ! Dah hampir separuh  gaji sebulan !

Sekarang aku dah ada dua orang anak. Terus terang tugas menjaga diorang ni bukanlah mudah ! Dan semalam , seorang rakan blogger membawa khabar buruk.. rakan pejabatnya , kehilangan anak kecil yang mati lemas di dalam baldi bilik air ketika pengasuhnya sedang tidur ! Bayi berusia 11 bulan tu merangkak ke bilik air dan .. hurmm.. tu je yang aku tahu dan sememangnya aku tak nafikan Zahra sendiri berkali kali nak masuk bilik air. Nak main air dalam tu..dan sejak tu , pintu bilik air senantiasa ditutup.. Hurmm..

image

Hati kering minah ni ! Kena jaga skit dia.. hurm..

You May Also Like

9 comments

  1. tak salah pun abang ben..asalkan suami tidak lepas tangan..tidak lepas tanggungjawab dan tidak lupa hakikat tugas sebagai suami yang hakiki..ada je suami pegawai dalam unit berunifom..isteri jururawat..suami sanggup berhenti kerja kerana nak jaga anak sendiri..kenapa dia yang berhenti???sebab selama ni banyak masa dihabiskan kerana tugas..dan isteri yang handle 80% rumahtangga..rajin menyapu cik zahra...

    BalasPadam
  2. lain kali buat 10 paragraph ben , tak de lah rasa sat sangat singgah sini . hahaaha ...

    BalasPadam
  3. Teringat anak PAPABLOGGER yg kena campak dengan pengasuh, pastu pengasuh buat muka tak bersalah, bila bincang dgn owner siap kita pulak dipersalahkan.

    jujur saya pun tak harap nk hantar anak pada pengasuh, skang anak sulung mak mertua jaga, suami cakap dah lahir anak kedua nanti stop kja jaga anak, dia mampu nak tanggung..huhu

    hantar pengasuh? NEVER!

    BalasPadam
  4. As Salam bro. Saya pun sejak December tahun lepas jadi Mr Mama di rumah dan sebab yang sama sebab nak jaga anak sendiri 3 orang (sulung lelaki 5 tahun dan kembar sepasang 2 tahun) selepas pembantu rumah yg kami percaya berhenti kerja. Alhamdulillah keputusan berhenti kerja makan gaji dan mulakan kerjaya sebagai penasihat kewangan (masa fleksible sbb blh arrange timing jumpa client)bolehkan saya dapat pendapatan yang cukup dan dapat tengok anak2 membesar depan mata.
    Teruskan apa yg bro buat sekarang, in shaa Allah harta akhirat kita akan menjaga kita pula bila kita dah tua nanti. Jgn hiraukan apa org kata, yg penting kita tau niat kita.

    BalasPadam
  5. Sapa kata hina suami mengasuh anak..Baguslah.Rasullullah SAW pun buat la..Org yang kurang didikan agama je cakap mcm tu...

    BalasPadam
  6. takde slh pun..kmi salute abg ben sbb mmpu jge anak sndri...sstgh lelaki ade je xpndi lgsg jge anak kecik..

    BalasPadam
  7. Allah. Semoga arwah ank kwn abg ben di letakkan dlm klgn org yg beriman. Tak salah pun suami menjadi suri rumah. Sebab dulu Rasulullah buat semua tugas isteri. Bonus utk so suami bila isteri volnterr nk buat tugas tu semua.

    BalasPadam
  8. memang tugas suami pun.. asalnya

    BalasPadam