Asing Sisa Pepejal : Kita belum bersedia !

by - Khamis, Jun 02, 2016

 

image

Sumber : Sinar Harian Online

Geleng kepala aku bila ternampak beberapa keping gambar isu asingkan sisa pepejal viral di media sosial. Banyak komen di situ masuk akal sangat !

Antara komen mereka ialah :

  • Nak asingkan sampah takda masalah tapi pihak berkuasa tolong sediakan tong sampah
  • Asingkn bole..tp brg pepejal yg lain ltak luar tong smpah wlupun kt da ikat klo anjing liar dtg selongkar lg mslah..jenuh la nk brsihkn kwsn tong smpah tu adehh..noops jgk depa ni
  • Sediakan tong hijau utk sampah sisa rumah , tong hijau sisa kaca , kertas dan plastik ,, nak kuatkuasa undang tapi taknak sediakan kemudahan ,, SBB recycled boleh make it money

Aku memandang luar rumah aku. Tiap malam , anjing liar memang berkeliaran. Nasib baik ada disediakan tempat letak sampah bertutup di rumah aku ni. Maka , sampah aku ‘terjaga’ la ! Pernah dulu letak ka luar sebab dalam tu dah penuh. Esoknya , terburai abis ! Satu kerja aku lak nak kena kemas !

Dan kalau nak letak tong sampah , depan umah aku ni tak de la luas mana pon.. Letak 4 tong sampah , memang tutup la pintu depan umah aku tu.. Hurmm..

Kemudian.. untuk sampah boleh kitar semula.. itu duit tuu ! Mesti ada orang carik dan kumpul pastu jual ! Rugi la nak biarkan kan ? Haaa… Acaner tu !

Cadangann buat gini , memang bagus tapi kita belum bersedia. Negara kita masih jauh ketinggalan.. Yang seronoknya , semuanya nak denda rakyat ! Tak cukup lagi ke rakyat menderita ?? Nampak je mewah tapi derita ! Terpaksa berlakon untuk menutup penderitaan sebenarnya ..

Kesimpulan.. Asing sisa pepejal , rakyat Malaysia belum bersedia. Suruh memandu guna lampu signal pon masih ramai buta tuli ! Huhhh..

You May Also Like

7 comments

  1. itu kalau rumah bertanah.. kakak ni dok atas langit.. kalau nak sediakan sampai 4 tong sampah, nak lalu lalang pun rasa semak.. acaner ? ke kena pakai tong sampah kecik ( bakul sampah ) hee~ masih tak mampu hadam lagik..

    BalasPadam
  2. Itula ada tengok news baru2 ni. Malaysia masih belum bersedia dgn bnda mcm.ni. yg tau cume denda. Sume denda. Bk asingkn ikut mcm2 kaler plastik lg

    BalasPadam
  3. Hurmm..entah ek? Rakyat Malaysia, peraturan ke perlaksanaan ke, apa pun belum bersedia..tapi once da laksana, kena terima jugak dengan hati tak rela..sama macam GST..cuma dari segi pengasingan sampah ni, pihak berwajib jangan terus kompaun penghuni rumah..buat macam Jepun, mula2 jangan amek sampahnye kalo dia tak asing..bagi 2 minggu berturut-turut macam tu..minggu ketiga dia tak asing jugak, baru kompaunkan..bukan saja nak bagi sampah tu berulat, tapi nak betulkan mentaliti rakyat, benda tu sebenarnya boleh je buat, tinggal nak dengan tak nak je..pasal sisa pepejal kat luar tong, sebenarnya tak akan mengundang anjing kalo sisa pepejal tu dah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diasingkan..kalo tak bersih dan masih ade sisa makanan, memang la anjing datang selongkar..pihak berwajib kena ajar betul2, buat video sebaran dari awal sampai habis proses pengasingan, supaya rakyat tahu perlaksanaan yang betul dan benda tu logik akal..saya harap ade la pihak berwajib dan rakyat yang baca komen ni..sekian terima kasih..Malaysia Boleh! EH!

    BalasPadam
  4. Susah nak komen sebab belum dilaksana lagi. Cuma saya dah buat plan, saya nak buang sisa makanan dan sisa yang tak boleh guna aje. Yang boleh guna, saya nak simpan dan jual sebab kalau saya begi pada orang majlis pun, for sure (bukan 100%), tapi besar kemungkinan, mereka akan jual juga sebab benda dah terasing. tunggu kumpul dan bawak ke kedai recycle je. Dari menyenangkan kerja depa, baik saya simpan dan jual sendiri. Nak tak nak pun kena asingkan juga. Dari kayakan orang, baik saya kayakan diri sendiri..hihi

    BalasPadam
  5. benda nie kadang menyusahkan .... aku paling senang ... klu nampak lori yg nak brg plastik atau sebagainya ... aku jual je .... jd ... x de lah menyemak kat umah

    BalasPadam
  6. Tu la,nk miskin kan rakyat lg ke ngan denda tu?cer bg reward dlm bentuk cash...ramai kot yg suka...boleh gitu?

    BalasPadam