Faiz Subri : Pencapaian individu yang berpasukan !

by - Selasa, Januari 10, 2017


Tahniah buat Faiz Subri atas kemenangan yang mana setiap pemain bolasepak di dunia idamkan selain bergelar pemain terbaik dunia !
image

Bagi sesetengah pihak mungkin kemenangan ni adalah nasib atau jaringan yang dilakukan itu adalah tak mungkin berulang lagi.. tapi andai berulang lagi , apakah jaringan itu akan ‘bernilai’ ? Dah jadi biasa biasa la kan ? Rare la jaringan gini..
Kemudian , ada yang kata ini adalah kemenangan individu.. bukan berpasukan ! Huh.. inilh kejayaan berpasukan.  Dia jaringkan gol dan KITA beramai ramai mengundi , berkempen untuk dia untuk dia menang kategori ini ! Kalau penenti kemenenangan  dia dipilih oleh FIFA sendiri , lain la kan ? Ini adalah teamwork ! Berpasukan ! Nak harapkan satu bolasepak membawa pulang piala teragung tu , entah bila kan ? Sekurang-kurangnya , dia diatas pentas tu membawa nama negara juga di kala nama negara begitu..hurmm.. korang pun paham la kan ?
Satu contoh lagi.. Lee Chong Wei.. dia bergerak individu.. dia berjaya ! Bila berpasukan , camana ? Haaa.. Bagi aku la kan , di negara kita nak bergerak secara berpasukan memang payah laaa.. Melainkan pengurusan diatas memainkan peranan yang cukup bagus..inshaAllah..
Macam blogger ni gak laa.. bila kita bergerak berkumpulan , ada yang perli.. kutuk.. kata macam macam.. Akhirnya ? Hehehe.. Ini yang berlaku di negara kita. Tak senang tengok orang lain senang !
Sekali lagi , tahniah buat Faiz Subri. Moga kemenangan dia membuka mata banyak pihak untuk memajukan sukan.. apa jua sukan di negara kita ni , lebih maju ke hadapan !
Mula mula sekali… perangi RASUAH ! Bukan rakyat je kena berperang !

You May Also Like

5 comments

  1. setuju. jaringan dia tu bkn senang nak dpt berbanding jaringan lain yang dah biasa tu!

    BalasPadam
  2. kan best kalau pilhian raya pun buat undi mcm ni.. bkn krik3 haha

    BalasPadam
  3. tahniah... rezeki dia Allah dah tetapkan... bangga sebagai rakyat msia...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..rezeki beliau...moga terus success..

    BalasPadam