Hari pertama Qhaliff ke tadika.

 

Masa dia lahir dulu , aku selalu fikir.. bila eh nak antar dia ke tadika ? Ke tunggu 5 tahun ? Tapi ramai je antar di usia 4 tahun ! Hurmm.. camana eh ? Nasib baik ada media sosial ! Kawan kawan nasihat antar di usia 5 tahun memandangkan aku ini suri rumah sepenuh masa dan anak anak boleh membesar di tangan aku sendiri. Mudah !

Hari ni , hari pertama Qhaliff bergelar pelajar ! Pelajar ok… ! Bayaran yuran pendaftaran serupa nak masuk IPT gitu !  Nasib baik dah menyimpan dari dia lahir dulu. Huhuhuh..

Awal pagi.. jam 7 , aku kejut dia. Memang tak bangun laa ! Cara pertama dan terakhir aku gunakan sejak dulu. Inilah tujuan aku gi gym sebenarnya ! Heeeee… Aku dukung terus ke tandas ! Dan berdirikan dia terus. Hahahaha.. Nangis jap je. Pas kena air , terus segar !

Siapkan dia. Mintak perfume lagi. Pastu amik beg dan tunggu semua siap. Aku siapkan Zahra pulak. Dia ni lagi liat nak bangun pagi. Cara kejam aku guna gak. Berkesan ! Heeee…

Dalam kereta, memasing tidur semula ! Sian tengok Qhaliff tapi yakin sebentar lagi dialah insan paling gembira punya !

image

Sampai dah di tadika dia . Menangiskah ??? Tengok muka dia , lebih pada ngantuk ! Cuak atau gementar , takda pon malah tak sabar nak masuk ke dalam kelas lagi ada la !

image

Wife turun dengan dia. Antar sampai depan muka pintu. Parents tak dibenarkan menunggu. Satu peraturan yang bagus sekali ! Aku pun leh gi jenjalan pastu. Hahahahah..

Menurut wife , Qhaliff sampai je depan pintu.. terus masuk ! Terlupa nak salam mak dia aihh… Eksaited terlebih dah nii.. amboiii ! Ingatkan bakal ada drama. Aku pun berjaya tahan air mata. Nasib baik ada Aariz sudi bermain dengan aku. Huhuhu..

image

Hurm… Dan tak lama kemudian , teacher dia whatsapp aku . Menurut teacher dia anak kesayangan aku tu…

image

image

Moga jadi anak yang soleh serta berguna pada masyarakat dan negara..

Ok.. maka dengan ini , tamatlah cerita Qhaliff di blog aku ! Pasni cerita Zahra dan Aariz je lak.. Terima kasih kerana sudi follow sejak dia lahir lagi. Moga selepas ini , Aariz ada adik lagi bagi memastikan aku rajin menulis di blog ini lagi.. Hahahahaha…

Terima kasih Teacher A !

6 ulasan:

  1. InsyaAllah abg ben.. moga jadi anak yang soleh dan bertanggungjawab..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...syukur sangat-sangat..selamat melangkah ke alam persekolahan Qhaliff..

    BalasPadam
  3. Semoga ada baby setiap 2 tahun, maka tetap meriah blog ini..hehehe ..sebab nak baca bukan kerana bapak, tapi kerana anak! Kejam x? hahaha jangan remove i

    BalasPadam
  4. Wah, bagus la Qhaliff ni 😊

    BalasPadam

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.