Berakhirnya F1 di Malaysia ! Ada yang bersorak gembira..

by - Isnin, September 25, 2017

Hurmm... satu lagi mercu tanda negara di mata dunia , 'dipadamkan' atas pelbagai alasan. Sayang sungguh.. 19 tahun , akhirnya berkubur ! Apakah akan kembali ? Masa akan menentukan. Bagi aku , kehilangan F1 di negara kita satu kerugian. Walaupun ada yang kata , F1 ni tak beri manfaat pada mereka apatah lagi negara.. 
Bagi aku , mereka tak nampak pon. Selagi mereka tak duduk dalam kerusi kereta F1 tu dan memandu dalam litar tu atau petrol percuma buat mereka gara gara keberhasilan penganjuran pertandingan F1 tu , mereka tidak akan berkata positif mengenai F1 ! 
Mungkin kita nampak , tak ramai boleh tonton secara langsung F1 ni sebab tiket mahal.. F1 ni untuk orang kaya kaya jer ! Dah tu , hotel hotel besar berbintang bintang tu , untuk orang miskin ke ? Bila ada pertandingan bertaraf dunia ni , maka ianya akan ada siaran langsung di seluruh dunia ! Seluruh dunia akan tertumpu pada MALAYSIA. Secara tidak langsung , akan membantu sektor pelancongan. 
Secara jujurnya , aku tak pernah jejakkan kaki ke Litar Sepang ni walaupun dah banyak kali dapat jemputan. Aku tak suka bunyi bising. Tapi penganjuran F1 di negara kita ni , aku sokong ! Sebab aku nampak kesannya postifnya.

Hehehe.. aku terlibat masa ni. Dan terasa bangga la bila dia join program MM2H ni.. hehehe... Tahun 2009. F1 ni , bukanlah seperti tanam kacang hijau.. campak je esok dah tumbuh.. 
Sekurangnya, dunia dah nampak MALAYSIA dari sudut positif... bukan macam sekarang !

You May Also Like

4 comments

  1. sayang betul kalau nak ..semua ade agenda tertentu di sebalik..

    BalasPadam
  2. Betul tu, sayang sangat bila dihentikan. Penganjuran sukan camni yang perkenalkan Malaysia ke mata dunia.

    BalasPadam
  3. Sumber Kewangan ke penyebab nak ditutup..?

    BalasPadam
  4. Sayang.. tapi semoga ada sinar nanti. Lynda pernah pergi tahun 2011. Dok tepi selekoh. Jadilah..

    BalasPadam