Buka puasa di Cheese Banjir , Kuala Lumpur
Mencari kelainan ketika berbuka puasa ? Hurmm... Ada banyak restoran yang menawarkan kelainan dan antaranya Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan , Kuala Lumpur. Dengan tema Buffet Ramadan Cheese Meletop , pastinya ianya menyajikan menu yang terbaik berasaskan keju. Fuh ! Meleleh...
Yer , aku syorkan bawak kawan kawan atau keluarga berbuka di sini. Harga ? Nah... ada dalam poster di bawah ni.... Kalau nak diskaun , boleeh ! Ajak ramai ramai pastu hubungi nombor berikut untuk dapatkan diskaun. : 018.203.6070
Dengan harga RM59 untuk dewasa dan RM 39 untuk kanak kanak ,pelbagai menu bakal dihidangkan dan ianya bukan saja menyelerakan malah bakal membuatkan korang akan keluar dari situ dengan kepuasan dan mengenyangkan. Huhuhu.. Yer , aku dah rasa dan sangat berpuashati dengan menu menu yang disajikan ketika preview tempoh hari.
Antara yang bakal dihidangkan ialah nasi serta lauk pauk seperti Asam Pedas Tetel , Kari Ayam , Ayam Goreng Berempah , Sotong Goreng Tepung , Udang Goreng Butter, Sambal 3 jenis , buah-buahan , mushroom sup , bubur kacang dan gandum.
Manakala menu untuk grill lak memang best ! Akan ada lamb grill , chicken grill , dory fillet , beef grill, spagetti bolognese yang bersalut keju , Meatza serta Cheese Fountain. Kuih muih serta kurma memang wajib ada la. Amacam ?
Amacam ? Menarik kann ? Haaaa... Ni belum tengok kalau dia berasap. Adoiiii. Memang berasap tekak nak oiii ! Hahahaha.. Maka nasihat aku , sila booking awal awal yer. Jangan nak main terjah. Kang nyesal kang.. Haaaa..
Surau jangan risau. Di G Village , Desa Pandan memang menyediakan surau dan juga tandas yang selesa. Tempat parking pon banyak. Untuk maklumat lanjut , korang boleh follow :
Facebook : Cheese Banjir
Instagram : Cheese Banjir
Waze : Cheese Banjir
No Tel : 018.203.6070
Alamat : Lot G10, G-Village , Jalan 1/76 , Desa Pandan , Kuala Lumpur.
9 comments
omaiiii.. cheese tuuu menawan sgt kannn
BalasPadamWah, sangat menarik ni. Dekat dengan tempat kerja. 😀
BalasPadammemang menarik ni..😁
BalasPadamTaklah mahal sangat harga buffet. Memang menarik la.
BalasPadamawat la terliur...worth it ni...
BalasPadamok yang ni buffe harga mampu milik :P
BalasPadamsedp ni..terliur tengok meatzaa tu
BalasPadamWowwee.. cheese banjir gitu!
BalasPadamBerpatutan harga bufet dia, sesuai dengan pilihan menunya.
BalasPadam