Alaaa.. Mahal la pulak Azyma Care Clay Body Wash ni !!

by - Selasa, Disember 03, 2019



Alhamdulillah... Aku sekeluarga dah guna selama 3 minggu. Ketika gi travel ari tu pun , aku bawak yang juga. Terasa lebih puas bila mandi guna Azyma.  Satu  botol kasi kat mak aku sebab dia kata anak buah aku ada masalah dengan kelumumur dan ternyata berkesan ! Sekali pakai jer kelumur hilang. Alhamdulillah.. 

Dan aku , tiap kali mandi... ketiak diutamakan ! Hahaha.. Hilangkan bau ketiak woiii.. Maklumlah , kuat berpeluh dek kerana berworkout. Tapi bau wangi okkk !! Anak anak suka bau ! Hahahaha.. OK ok... tutup citer tu.. 

Bab harga. Ramai berminat tapi bila diorang check harga .. alamak ! Mahal lak ? Perlu tahu yer... ini Clay Body Wash ! Maksudnya , antara kandungan utama ialah tanah liat kaolin ! Selain tanah liat kaolin , Azyma Care Clay Body Wash ni turut mengandungi aloe vera , cucumber , lavender dan juga chamomile.

Sila baca untuk mengetahui kenapa harga Azyma Care Body Wash ni premium..

A

Kelebihan tanah liat Kaolin atau Kaolin Clay

Ok , kena rajin google bab ni ! Antara jawapan yang aku jumpa di beberapa blog ialah :

1 . Anim Agro Tech

TANAH KAOLIN atau Kaolin yang dikenali juga sebagai China Clay adalah sejenis lempung (liat) yang lazimnya berwarna putih atau hampir putih dan bersifat tidak berplastik. Ia terdiri daripada mineral kaolinit (Al2Si2O5 (OH)4) dengan sedikit kandungan kuarza dan mika dimana ia terhasil dari proses luluhawa mineral feldspar. 

Laporan menunjukkan Tanah Kaolin bergred premium selalunya akan digunakan sebagai bahan penyalut dan dalam pembuatan seramik. Ianya adalah khusus seperti produk pinggan mangkuk berkualiti tinggi, porselin, penebat elektrik dan bone china. 

Kaolin bergred biasa pula adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengisi dan extenders dalam industri seramik, kertas cat dan sebagainya. Penulis yang lama bertugas di Johor mendapati banyak kawasan tanah kaolin diambil oleh beberapa kilang di sekitar Kluang bertaraf dunia. Selalunya tanah kaolin akan dibawa dengan lori yang sarat dan menyababkan jalan Kahang ke Kluang sering rosak bergelombang akibat banyaknya kuantiti tanah kaolin yang dibawa keluar. 

Kaolin atau tanah liat putih sangat diperlukan dalam industri seramik, pembuatan kosmetik, pembuatan kertas, industri makanan dan berbagai lagi apabila ia diproses dengan betul. Kajian penulis mendapati harga bagi 1 tan hanya RM20 (tanah kaolin mentah dan belum masuk transport) dimana ia dikatakan antara jenis tanah yang 'mahal harganya'.

Tanah Kaolin merupakan jenis tanah liat atau tanah lempung yang berwarna cerah atau putih setelah diproses. Oleh kerana ia jenis liat maka ia mempunyai partikel mineral berkerangka dasar silikat yang berdiameter kurang dari 4 mikrometer. 

Liat jenis ini mengandungi butiran silika atau aluminium yang halus dan amat sesuai untuk dijadikan pelbagai produk kegunaan ramai. Kajian makmal pula menunjukkan bahawa unsur-unsur ini iaitu bahan silikon, oksigen dan aluminum adalah unsur yang paling banyak menyusun dalam kerak bumi. Liat tanah kaolin yang selalunya terbentuk dari proses luluhawa batuan silika oleh asid karbonat dan sebahagiannya adalah dihasilkan dari aktiviti panas bumi. 

Liat kaolin akan membentuk gumpalan keras apabila ia kering dan melekit apabila basah terkena air. Sifat-sifat seperti ini akan ditentukan oleh jenis mineral liat yang menentukan sifatnya. Kandungan mineral liat kaolin dikategorikan berdasarkan susunan lapisan Silicon oxide dan Aluminium oxide yang mana akan membentuk kristalnya. Kategori pertama adalah jenis lapisan 1:1 iaitu ia memiliki lapisan satu Silicon oxide dan satu Aluminium oxide. 

Sementara kategori kedua iaitu jenis 2:1 memiliki dua lapis golongan Silicon oxide dan satu Aluminium oxide. Kelebihan mineral liat kaolin jenis 2:1 memiliki sifat elastik yang kuat dan ianya akan menyusut apabila kering dan mengembang apabila ianya basah. Sifat sebegini sebenarnya inilah yang akan menjadikan beberapa jenis tanah liat dapat membentuk kedutan atau kerutan atau "pecah-pecah" bila liat tersebut menjadi kering.


Kegunaan Kaolin kini sangat meluas daripada untuk kegunaan bahan kesihatan, kosmetik, barang kegunaan membina rumah serta perkakasan dan pinggan mangkuk. Tanah Kaolin banyak digunapakai sebagai bahan Asas Penapis Air (filler), Bahan Pelapis (coater) serta jenis barang-barang tahan api dan berfungsi sebagai 'isolator'. 

Kegunaan tanah kaolin sangat tergantung pada ciiri asasnya dimana ia amat mempengaruhi kualiti dan jenis penggunaannya. Di Johor terutama sekitar Bandar Kluang dan Simpang Rengam terdapat banyak kilang seramik yang memproses kaolin menjadi pelbagai produk. Ini termasik seramik seperti sinki, pinggan mangkuk, pasu, mangkuk tandas dan sebagainya. 

Terdapat juga kilang yang menggunakan bahan asas kaolin untuk membuat mozek bagi dipasang dilantai rumah atau didinding rumah. Kaolin juga dijadikan bahan asas cat rumah agar berkilat dan juga bahan campuran untuk mentl lampu letrik. 

Bagaimana pun paling terkini adalah penggunaan liat kaolin untuk kosmetik dan kecantikkan kulit muka. Bahan kaolin telah diproses dalam pelbagai bentuk (sila lihat foto disebelah) yang mampu mencerahkan kulit dan merawat masaalah kulit. 

Ia juga boleh digunakan sebagai ubatan dalam perut manusia. Kaolin di Malaysia mempunyai gred yang terbaik di dunia sehingga negara Jepun, USA dan Korea mengimpot bahan ini untuk bahan industri mereka terutamanya bahan kosmetik.


Endapan mineral yang juga disebut dengan nama lempung cina ini biasanya memiliki warna putih, putih kecoklatan, merah, kuning, hingga putih keabu-abuan. Di dunia kecantikan, kaolin clay biasanya diolah menjadi bubuk.

Kaolin putih
Manfaat utama kaolin clay adalah menyerap minyak berlebih pada kulit wajah. Dilansir SheKnows (31/10), kaolin clay putih adalah yang paling lembut. Kaolin jenis ini sangat bagus untuk kulit kering hingga sensitif.

Kaolin kuning
Tanah liat kaolin kuning menyerap minyak dan kotoran jauh lebih baik. Kaolin jenis ini juga memiliki efek eksfoliasi alias pengelupasan. Walaupun begitu masih cukup untuk kulit sensitif. Tanah liat kaolin kuning juga dapat meningkatkan sirkulasi, sehingga kulit tampak lebih bercahaya.

Kaolin merah
Tanah liat kaolin merah memiliki kemampuan menyerap yang paling besar, sehingga paling baik digunakan bagi si kulit berminyak dan cenderung berjerawat.


7 Khasiat tanah liat kaolin untuk kulit yang lembut dan halus.

Bagi seseorang itu yang mengalami masalah kulit badan yang berparut kesan daripada gigitan serangga kecil mahupun masalah kulit yang lain seperti kudis, ruam dan luka, khasiat tanah liat kaolin ini dapat membantu menyembuhkan masalah kulit dan memudarkan parut – parut yang terhasil kesan daripada masalah kulit itu.

Masalah kulit yang paling popular di Malaysia adalah masalah selaran matahari ataupun lebih dikenali sebagai (sunburn). Kedengaran seperti perkara biasa dan remeh tetapi itulah masalah yang ramai rakyat di Malaysia menghadapinya sekarang. Dengan suhu yang paling tinggi pernah tercatat ialah 40⁰C, kesannya kulit mereka terkena (sunburn) dan naik keradangan yang merah serta ruam di badan.

Khasiat (zinc oxide), kalsium dan garam yang terkandung di dalam tanah liat kaolin ini dapat membantu merawat masalah (sunburn), membuang sel – sel kulit mati dan disamping itu ia dapat mencerahkan serta melembapkan kulit.

Pada yang aktif bersukan dan suka melakukan aktiviti – aktiviti luar yang lasak. Usah berasa risau dengan masalah bau badan kerana khasiat tanah liat kaolin ini dapat menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan. Jadi, sama ada seseorang itu minat aktiviti sukan air, mendaki bukit, berbasikal dan sebagainya perkara itu tidak menjadi masalah lagi.


Amacam ? Dah tau kan ? Bukan saja saja nak petik nama Kaolin Clay ni ha ! Pastu Azyma Care ni bukan juga produk yang berlonggok di pasaran. Mutu dan kualiti terjaga !

Dan ada yang kata lak pasal SLS ni ! Apakah itu SLS dan SLES ? 

Sedikit info mengenai SLS dan SLE.  Ramai pengguna yang masih keliru dengan penggunaan bahan SLES/ SLS yang terdapat dalam semua skincare produk spt shower gel, shampoo, facial wash dan sebagainya.

Apa itu SLES/ SLS?

▶ Sodium laureth sulfate = *SLES* dan Sodium lauryl sulfate = *SLS*

SLS dan SLES adalah berbeza walaupun kedua2nya berfungsi sebagai bahan _surfactent_ atau bahan yg dimasukkan sebagai ejen pemekat, penstabil dan bahan awet utk ketahanan sesuatu produk tersebut. Semua produk ini akan ada SLES atau SLS ini untuk tujuan yg disebutkan tadi.

▶ SLES lebih lembut, tidak pedihkan mata, less impact pada kulit dan tidak disenaraikan sebagai bahan larangan. Harganya lebih mahal dari SLS. Kesemua produk termasuk produk bayi ada campuran SLE ini. Termasuklah produk Azyma Care Clay Body Wash.

▶ SLS pula biasanya akan dimasukkan dalam kebanyakan produk skincare tadi. Ianya lebih kuat kesan, lebih banyak buih dan harganya lebih murah. Boleh juga digunakan, tetapi dalam kuantiti yang betul. Harganya lebih murah. Azyma Care produk tidak ada bahan ini.

▶ Untuk rujukan, pengguna boleh rujuk produk2.mandian bayi sekali pun...akan.ada SLES ini tapi bukan SLS.

▶ Produk Azyma Care Clay Body Wash berdaftar dengan NPRA, badan kawal selia kosmetik di bawah Kementerian Kesihatan.

▶ Produk Azyma Care di kilangkan oleh pengilang yang mempunyai taraf GMP dan ISO 9001 dan U.S Food And Drug Administration yang ketat . Pengilang ini juga mengeluarkan produk2 terkenal lain spt Pureen dan Carrie serta produk2 utk eksport ke luar negara.

▶ Produk Azyma Care dalam proses mendapatkan dermatologist recomendation. 

Diulangi... Azyma Care Clay Body Wash ni mempunyai pensijilan
  1. GMP (kosmetik)
  2. ISO 9001:2015
  3. Pengiktirafan Halal Jakim
  4. Produk berdaftar dengan NPRA (KKM)
Kalau tak puashati atau dah tertarik nak beli ? Aku nasihatkan , jangan beli satu.. beli 2 atau lebih sebab akan dapat harga lebih baik. Heee.... 

Berminat , sila whatsapp terus ke : 019 776  0647 atau layari www.azymacare.com

Harganya sesuai dengan kecantikan kulit anda ! 

You May Also Like

2 comments